x

seismik

Kenyataan Mengenai GST Akan Dimansuhkan Pada Bulan Jun Adalah Tidak Benar

Kementerian Kewangan Malaysia secara rasminya telah membatalkan surat tersebut.

Cover image via Liew Chin Tong / Facebook

Satu kenyataan yang kononnya mendedahkan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dimansuhkan pada bulan Jun adalah PALSU

Surat palsu yang telah viral di media sosial serta group WhatsApp pada hari ini.

Image via Liew Chin Tong / Facebook

New Straits Times telah melaporkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia secara rasmi telah menafikan kesahihan kenyataan itu yang juga telah menggunakan logo rasmi Kementerian Kewangan

Image via Dreamstime.com

Dalam surat palsu terbabit juga telah mendakwa bahawa tiada cukai baru akan diperkenalkan selama dua tahun dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya akan diperkenalkan pada tahun 2020.

Pengatur strategi bagi Pakatan Harapan (PH), Liew Chin Tong telah membawa kenyataan ini di laman Facebook miliknya untuk membongkar penipuan itu:

Dalam manifesto yang dikeluarkan oleh Pakatan Harapan, mereka telah berjanji untuk menghapuskan GST, tetapi gabungan itu menyatakan bahawa ia akan dilakukan secara berperingkat.

Jaga-jaga semua! Jangan mudah percaya berita yang anda masih belum tahu kesahihannya.

Baca dahulu manifesto yang telah dijanjikan oleh PH untuk rakyat Malaysia:

Tun M juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa GST boleh dihapuskan kerana Malaysia mempunyai 'revenue' yang cukup:

Antara berita terkini di SAYS SEISMIK: