seismik

[GAMBAR] Kepulangan Wira Negara Disambut Meriah Oleh Keluarga, Rakyat Malaysia & Air Mata

#SelamatPulangWira

Cover image via Astro AWANI

Hari ini, sekali lagi Kompleks Bunga Raya, KLIA meriah dibanjiri orang ramai yang menyambut kepulangan atlet paralimpik negara dari temasya Sukan Paralimpik Rio 2016

Orang ramai kelihatan begitu teruja mengibarkan Jalur Gemilang sambil menanti kepulangan wira-wira negara.


Pesawat yang membawa wira-wira Malaysia selamat mendarat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 3.16 petang tadi setelah 7 jam 15 minit penerbangan

Image via Fly FM/Twitter

Tiga pemenang pingat emas iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36, Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 serta pemenang pingat gangsa, Siti Noor Radiah Ismail dalam acara lompat jauh T20, turut berada di dalam pesawat berkenaan.

astroawani.com

Atlet-atlet negara kemudiannya menaiki bas yang disediakan di KLIA ke Kompleks Bunga Raya untuk meraikan sambutan kepulangan mereka yang dinanti ramai


Ahli keluarga merupakan antara yang terawal bertemu dengan mereka saat tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA

Ziyad Zolkefli bersama tunang.

Image via Astro Arena/YouTube

Siti Noor Radiah menangis sambil memeluk ibunya.

Image via Astro Arena/YouTube

Ridzuan Puzi bersama keluarga

Image via Astro Arena/YouTube

Latif Romly ceria saat berjumpa keluarga.

Image via Astro Arena/YouTube

Wira-wira negara diraikan begitu meriah di atas pentas. Laungan "Malaysia Boleh!" serta "Kami Luar Biasa" juga telah dilaungkan berkali-kali oleh mereka yang berada di sana


Ganjaran RM1 juta diberikan kepada pemenang pingat emas berserta elaun RM5 ribu sebulan manakala pemenang pingat gangsa memperoleh ganjaran RM200 ribu berserta elaun RM2 ribu sebulan.

Mereka juga diiktiraf oleh Yang Berhormat Perdana Menteri sebagai Ikon Negara.

Selamat pulang wira-wira. Tahniah diucapkan. Anda kebanggaan kami! #SelamatPulangWira #KamiLuarBiasa

Image via Hot FM/Twitter

You may be interested in: