Keputusan Suku Akhir #ESLOne Genting Dota 2: Newbee & Evil Geniuses Mara Ke Separuh Akhir!
Newbee & Evil Geniuses bakal bertempur dengan Team Secret & Liquid pada hari esok!
Hari pertama #ESLOne Genting sudah berakhir! Antara pasukan yang telah berentap pada pusingan suku akhir adalah Newbee, Vici Gaming, Virtus Pro dan Evil Geniuses
Seperti yang kita sedia maklum, ESL One Genting playoffs telah pun bermula hari ini sehingga ahad. Menyaksikan 6 pasukan teratas Dota 2 berentap untuk meraih hadiah terkumpul berjumlah USD400,000 (RM1.5 juta) dan trofi ESL One.
Red Bull merupakan penaja minuman tenaga rasmi bagi acara berkenaan dan kejohanan ESL One yang lain di seluruh dunia.
Keempat-empat pasukan telah memperoleh sekurang-kurangnya USD40,000 (RM150,000) untuk mencapai Top 4 dan Mata Kelayakan yang dikumpul untuk menentukan kelayakan ke International 2018
Namun, pasukan mana yang bakal bersama Team Secret dan Liquid pada pusingan separuh akhir nanti?
Pada suku akhir pertama, Newbee telah menewaskan Vici Gaming & telah mara ke separuh akhir untuk menentang Team Secret!
Vici Gaming telah memberikan yang terbaik namun Newbee tidak akan melepaskan peluang untuk mara ke pusingan separuh akhir.
Newbee bersedia untuk menentang Team Secret pada perlawanan separuh akhir.
Suku akhir kedua pula menyaksikan perlawanan sengit antara Virtus Pro dan Evil Geniuses!
Namun nasib lebih memihak kepada Evil Genuises dan membolehkan pasukan tersebut mara ke pusingan separuh akhir.
Perlawanan yang sengit sewaktu suku akhir pertama dan kedua dan terpaksa menyaksikan pemergian dua pasukan hari ini - Vici Gaming dan Virtus Pro.