Kerajaan Sarawak Sumbang RM100,000 Kepada Setiap Keluarga Mangsa Nahas Helikopter
Menurut beliau, kos pendidikan tersebut akan ditanggung sepenuhnya menerusi pengurusan Yayasan Sarawak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Sarawak meluluskan sumbangan kewangan sebanyak RM100,000 kepada setiap keluarga petugas yang terkorban dalam nahas helikopter berhampiran Long Lellang, Selasa lalu

Menurut laporan Sinar Harian, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan berkenaan turut merangkumi pembiayaan yuran pendidikan anak-anak mangsa yang masih bersekolah.
Menurut beliau, kos pendidikan tersebut akan ditanggung sepenuhnya menerusi pengurusan Yayasan Sarawak.
Katanya, sumbangan itu merupakan tanda penghargaan dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap jasa serta pengorbanan petugas terbabit yang menjalankan tanggungjawab memberikan perkhidmatan rawatan kepada penduduk di kawasan pedalaman

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg
Image via Utusan Malaysia"Kerajaan Sarawak merakamkan salam takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga serta waris mangsa atas kehilangan insan tersayang," katanya.
Abang Johari turut mendoakan agar seluruh waris mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi kehilangan insan tersayang.
Bantuan tersebut diharap dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga mangsa, khususnya dalam meneruskan kehidupan serta memastikan pendidikan anak-anak mereka tidak terjejas susulan tragedi berkenaan.
Lihat kenyataan di bawah:


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via