Kerajaan Umum Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali, Bermula Tengah Malam 6 November
Menurut beliau, inisiatif berkenaan dijangka melibatkan pembayaran pampasan sebanyak RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50 peratus daripada kadar biasa selama dua hari sempena sambutan perayaan Deepavali 2026

Menerusi laporan Malaysia Gazette, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian diskaun itu akan bermula pada jam 12 tengah malam, Jumaat (6 November) hingga 11.59 malam, Sabtu (7 November).
Menurut beliau, inisiatif berkenaan dijangka melibatkan pembayaran pampasan sebanyak RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat, dengan kos tersebut ditanggung oleh kerajaan.
Diskaun berkenaan melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta kenderaan Kelas 2 yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, kemudahan itu tidak melibatkan dua plaza tol di pintu sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (TTK) di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Jelasnya, inisiatif tersebut diharap dapat membantu mengurangkan kos perjalanan rakyat, khususnya masyarakat Hindu yang pulang ke kampung halaman atau menziarahi ahli keluarga sempena perayaan Deepavali

Dalam pada itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan menyelaras pelaksanaan diskaun berkenaan bersama syarikat konsesi bagi memastikan kelancarannya.
Pengguna lebuh raya turut dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, memastikan baki kad Touch 'n Go atau eWallet mencukupi serta mematuhi had laju yang ditetapkan.
Mereka juga digalakkan menyemak perkembangan trafik menerusi saluran rasmi LLM selain mendapatkan rehat secukupnya bagi memastikan perjalanan lebih selamat dan selesa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via