Kerbau Albino Mirip Trump Terselamat Daripada Jadi Haiwan Korban Raya Haji
Terselamat 'Trump' daripada kena sembelih.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seekor kerbau albino yang jarang dijumpai terselamat daripada menjadi haiwan korban sempena Aidiladha di Bangladesh
Haiwan yang digelar 'Donald Trump' disebabkan memiliki bulu perang keemasan itu terselamat selepas pihak kerajaan campur tangan pada saat akhir, kata pegawai Kementerian Dalam Negeri pada Rabu.
Menerusi laporan Reuters, kerbau seberat hampir 700 kilogram itu sebenarnya sudah dijual untuk ibadah korban sebelum pihak berkuasa masuk campur atas faktor keselamatan, susulan lonjakan perhatian luar biasa daripada orang ramai menjelang sambutan perayaan.
Menteri Dalam Negeri, Salahuddin Ahmed mengarahkan supaya kerbau tersebut dikecualikan daripada disembelih, wang pembeli dipulangkan semula dan haiwan berkenaan dipindahkan ke zoo negara di Dhaka.
"Pada saat-saat akhir, keputusan diambil untuk menyelamatkan kerbau itu daripada dikorbankan atas faktor keselamatan dan tahap minat yang luar biasa daripada orang awam," kata seorang pegawai kementerian.

Suasana rutin pembelian biasa sempena Aidiladha bertukar menjadi tumpuan seluruh negara selepas rakaman videon kerbau terbabit tular
Bukan sahaja ladang tempat kerbau itu dijaga dibanjiri orang ramai, malah ada pengunjung yang sanggup mengembara dari jauh semata-mata untuk melihat sendiri ciri yang serupa seperti Trump pada haiwan tersebut di samping sifatnya yang jinak.
Pemilik ladang, Ziauddin Mridha berkata nama gelaran itu diberikan oleh adik lelakinya yang menyedari kemiripan rupa haiwan tersebut dengan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) terbabit.
Mridha berkata kerbau itu bersifat sangat jinak dan memerlukan penjagaan yang rapi, termasuk perlu kerap diberi makan dan dimandikan secara berkala.
Kerbau albino adalah sangat nadir (rare) di Bangladesh memandangkan kebanyakan ternakan di negara itu berwarna gelap, sekali gus menjadikannya tumpuan utama pada kemuncak musim jualan ternakan Aidiladha.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via