"Kereta Kena 'Block' Satu Hari Akibat Double Park" - Tindakan Doktor Ini Buat Ramai Teruja
Sebab itu apa-apa yang terjadi, jangan pernah ikut perasaan. Nanti makan diri sendiri.
Sudah menjadi kebiasaan setiap individu yang akan double park kereta orang lain jika lokasi yang dituju tiada parking atau anda sedang rushing untuk selesaikan sesuatu perkara
Tindakan seperti ini boleh dilakukan dengan langkah yang betul. Contohnya, jika anda telah menghalang sesebuah kenderaan daripada keluar dari parkir kereta, perlulah anda meninggalkan sekeping nota yang tertera nombor telefon anda.
Ianya adalah bagi menyenangkan pemilik kenderaan yang anda double-park untuk keluar dengan hanya menghubungi anda. Tidak sesukar yang disangka pun, hanya tulis nombor telefon kalau dah kesuntukan masa.
Baru-baru ini seorang doktor wanita iaitu Dr Aniah yang bekerja di sebuah Hospital di Melaka telah berkongsi pengalaman ketika beliau tidak boleh keluar dari parkir akibat dihalang oleh kenderaan lain.
Bukan setakat itu sahaja, pemilik kenderaan itu juga langsung tidak meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi supaya dapat mengalihkan kereta. Namun begitu, tindakan doktor ini telah membuatkan ramai masyarakat teruja.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Ketika sampai di kereta untuk pulang menjemput anak dari sekolah, kenderaan yang double-park itu langsung tidak meninggalkan nombor telefon
When you double park, the normal routine is to leave your phone number or release the handbrake. Yesterday, when I reached my car, I was double-parked, with no telephone number left, handbrake not released and to make it more challenging, the person didn’t turn up to remove his car after 5 announcements in 30 minutes. I was rushing to fetch Lillie from school. While trying to stay patient and calm, I decided to take a Grab car and fetch Lillie first.
Bahasa:
Jika anda menghalang kereta lain dari keluar (double-parking), ianya adalah perlu untuk anda meninggalkan nombor telefon atau release handbrake untuk memudahkan orang lain mengalihkan kenderaan anda. Semalam ketika sampai di kereta, saya mendapati kereta saya dihalang (double-park) oleh kenderaan lain yang tidak meninggalkan nombor telefon atau release handbrake.
Paling mencabar apabila pemilik kenderaan langsung tidak kelihatan selepas 5 pengumuman dibuat dalam masa 30 minit. Saya kesuntukan masa untuk mengambil Lillie dari sekolah (anak saya). Saya cuba untuk bersabar dan mengambil keputusan untuk menggunakan servis Grab Car dan menjemput anak dari sekolah.
Sebelum meninggalkan lokasi, sekeping nota telah ditinggalkan untuk pemilik kenderaan tersebut.
Malangnya....
Before I left, I thought I better let this person know the effect of his action on other people’s life. Hence, I wrote the short note (Sir/Madam, if you are blocking a car, please leave your phone number. I had to take a cab to fetch my daughter from school after waiting for 30 minutes. I hope you won’t repeat the same mistake again). Then I left... and when I went back to the hospital (with Lillie... took another Grab car), my car still blocked! Then I decided to leave the car at the hospital and took a taxi from the hospital. He charged me RM20 for such a short distance.
Bahasa:
Sebelum meninggalkan lokasi, saya membuat keputusan untuk meninggalkan sekeping nota untuk memberitahu pemilik kenderaan bahawa apa yang dia lakukan ini boleh memberikan kesan yang tidak baik dalam hidup orang lain.
Nota yang ditinggalkan bertulis:
Encik/Puan, sila tinggalkan phone number kalau block kereta. Saya terpaksa mengambil teksi untuk ambil anak saya dari sekolah. Sudah 30 minit menunggu. Saya harap encik tidak ulangi kesilapan ini lagi. Terima kasih. Dari Dr Aniah.
Seterusnya, ketika saya kembali semula ke hospital, kereta saya masih dihalang untuk keluar! Saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta saya di hospital dan sekali lagi menggunakan servis Grab untuk pulang ke rumah. Saya dikenakan charge sebanyak RM20 walaupun dekat.
Pemandu Grab Car diceritakan tentang kejadian yang menimpanya, lalu pemandu tersebut menyuruhnya untuk tunggu sehingga pemilik kenderaan muncul atau pecahkan cermin keretanya
I told him my situation and he got angry, he suggested me to wait for the owner to come back, or take a picture of the car and make it viral or... break the windshield!!! I told him it’s okay, I just want to go home after such a long day and just accept that it’s fated. I also told him it must have been your prayers to get ‘rezeki’ and all this happened... for me, there must be a learning from this incident.
Bahasa:
Saya menceritakan kepada pemandu Grab tentang kejadian yang menimpanya, lalu dia menyuruh saya untuk tunggu sehingga pemilik kenderaan muncul. Atau tangkap gambar kenderaan tersebut untuk diviralkan di media sosial. Malah, dia juga menyuruh saya untuk memecahkan cermin kereta tersebut.
Saya memberitahunya tidak mengapa, saya hanya ingin pulang ke rumah selepas satu hari bekerja dan hanya terima bahawa semua yang terjadi adalah nasib. Mungkin juga semua yang terjadi adalah 'rezeki' untuk pemandu Grab tersebut. Bagi saya, semua yang terjadi mungkin ada hikmah disebaliknya.
Kereta itu ditinggalkan sehingga keesokan harinya. Namun, apa yang terjadi telah memberikan impak yang besar kepadanya....
So this morning, my colleague (may Allah bless her for helping me) fetched me and we went to work together. I quickly went to my car, and I found the note (swipe left). The note said that he was deeply sorry, he was rushing to the labour room that he completely forgot about his car... and that he won’t repeat the same mistake again.
I won’t say this is right but I believe he didn’t mean to be so ignorant. When I read the note, I felt relieved that I didn’t follow my emotions and anger and did something I’ll regret later. I also cannot imagine if he had walked to his car being happy with the newborn only to find a broken windshield. I can’t control the situation but I can control my thoughts and actions! #lifelessons #patienceisavirtue @ Melaka General Hospital.
Bahasa:
Pagi ini saya menumpang rakan sekerja untuk ke hospital. Ketika sampai, saya terus menuju ke kereta saya dan menjumpai sekeping nota yang ditinggalkan. Nota itu tertulis:
"Saya mohon maaf atas kesalahan saya. Saya tergesa untuk uruskan isteri saya di wad bersalin. Saya terlupa tentang hal kereta saya. Saya mohon ribuan maafan atas kesalahan saya. Saya tidak akan ulangi lagi. MAAF."
Apabila saya membaca nota itu, saya terus berasa lega kerana saya tidak bertindak mengikut emosi atau melakukan apa-apa perkara yang akan membuatkan saya kesal. Saya juga tidak dapat membayangkan jika dia sedang berjalan ke kereta dengan bayi yang baru dilahirkan dan seterusnya melihat kereta yang sudah dipecahkan cerminnya.
Saya tidak boleh mengawal situasi yang terjadi namun saya mampu untuk mengawal pemikiran dan kelakuan saya.
Kisah yang dikongsikan ini telah membuka mata masyarakat untuk lebih bersabar ketika menghadapi ujian seperti ini
Sumber: Facebook Dr Aniah Azmi