seismik

Lelaki Ini Terpaksa Hidup Tanpa Tempurung Kepala & Hilang Ingatan Selepas Kemalangan

Penunggang motosikal boleh jadikan kisah ini sebagai iktibar dan pengajaran untuk lebih berhati-hati.

Cover image via Twitter @atengsepet

Kemalangan jalan raya kini kian meningkat. Mana tidaknya, banyak pemandu di luar sana yang memandu secara merbahaya tanpa memikirkan tentang keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Image via Google

Kejadian yang tidak diingini juga dikatakan sering berlaku pada waktu malam. Di jalan yang gelap dan tidak berlampu. Paling teruk jika penunggang motosikal tidak dapat dikesan oleh pemandu akibat pakaian yang terlalu gelap.

Seperti seorang pengguna Twitter iaitu Ateng Sepet telah berkongsi pengalaman menjaga seorang rakan yang dikatakan telah terlibat dalam kemalangan ngeri. Malah, kemalangan itu menyebabkan rakannya itu hilang sebahagian tempurung kepalanya.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Bagaimana agaknya hidup tanpa sebahagian tempurung kepala?

Anda boleh jadikan cerita ini sebagai iktibar, terutamanya untuk penunggang motosikal di luar sana.

Aku kenalkan dulu.

Manan, 30 tahun, Sibu (Melanau), pegawai bomba Tebrau JB. Aku kenal Manan pun masa dia tgh amik course Public Safety Diver, diver bomba yg kerjanya cari mayat, cari mangsa lemas.

Manan.

Image via Twitter @atengsepet

Masa kejadian, aku kat pulau. Mcm biasalah, menyelam. So aku busy dgn geng diver aku, kadang aku tak dapat nak entertain Manan. Manan bukan jenis keluar malam. Tapi malam tu tiba-tiba dia keluar lewat pegi rumah kawan dia. Keluar rumah dekat jam 10pm.

Semua dia buat, mana dia pegi, siapa dia jumpa, semua dia inform aku. Dalam aku busy, aku reply jgk kat dia. Melainkan time aku tgh diving. Aku pelik jgk tiba-tiba dia keluar malam tu.

So 6/7/18, jam 1.24am. 
Tiba-tiba dia whatsapp aku, minta maaf bagai dgn aku.. Then tiba-tiba je dia cakap dia nak aku tahu yg dia syg sgt kat aku. Aku pelik juga tapi aku pun iyekan jelah sbb aku pun ralit duk melayan diver2 kat pulau.

Then dia pesan kat aku, jgn tidur lagi. Dia suruh aku tunggu dia sampai rumah. Dia baru nak balik. Aku pun cakap “Okay”.

Sejam selepas kira-kira jam 2:30 am, masih tiada panggilan dan whatsapp yang diterima dari Manan.

Tiba-tiba....

Aku tgh menapak balik bilik, aku call. Total call 8 kali, no answer. Aku dah mula tak sedap hati.

Kali ke 9 aku call, ada suara perempuan jawab. Tettttttttttttt! 
Hati aku kuat sgt bgtahu perempuan tu adalah pihak hospital. Aku call, dia plak yg tanya aku “Awak ni siapa, mcm mana awak tahu dia eksiden?”

Aku cakap la aku tak tahu. Aku mmg tunggu call dia. Puan tu bgtahu, dia jawab call aku pun ngam-ngam manan baru sampai masuk redzone HSA. 
Berderau darah aku! Aku tanya mcm mana keadaan dia, puan tu pun tak tahu nak describe. Dia cuma cakap minta waris dtg segera.

Aku terus call Shotri, kawan sebalai dgn Manan. Kawan aku jgk. Kali ke 3 baru dia jawab. Aku bgtahu dia, minta dia pegi HSA cepat, Manan kat redzone.


Aku ni goyang duh nak call Shotri ni sbb dia laki org. Call dekat jam 3am plak tu. Tapi aku terpaksa! Aku tak tahu nak call sape dah. Family Manan semua kat Sibu. But Manan pernah pesan, if jadi pape kat dia, bgtahu kakak-kakak dia dulu, bukan mak dia. Takut mak terkejut.

Aku pun call kakak dia kat Sibu. Bgtahu dia apa yg berlaku. Aku ni harapkan si Shotri je, sbb aku ni jauh kat pulau. Aku pun dah menggelupur ayam, tak senang duduk. Rasa nak terbang keluar dari pulau. Feri paling awal jam 9 am! Arghhhhh! Lama gilaaa aku tahan.

Sepatutnya malam itu Manan berjumpa dengan Shotri iaitu kawan baiknya untuk lepak, malangnya tak jadi

3am++, Shotri call aku menangis. Tiba-tiba dia cakap dia menyesal sbb tak lepak dgn Manan. Dia kata patutnya malam tu Manan lepak dgn dia, tapi tak jadi.

“Kalau Manan lepak dgn aku, mesti tak jadi mcm ni.”


Aku terduduk! Meraung lah henet. Bodoh, gaya dia call aku mcm Manan dah takde. Mmg jibake. Setan betul! Sampai room mate aku yg tgh tidur terus terduduk terkejut aku terduduk atas lantai masa tu.

Aku tanya Shotri. “Wei, kau bgtahu aku. Dia ok kan? Dia ada lagi kan?” Dia tak bgtahu. Dia cakap dia tak tahu!


Aku bgtahu dia feri aku jam 9am, dia pesan kat aku suruh drive elok-elok dari Jeti Tg Gemuk sampai JB. Dia cakap jgn risau, dia tunggu sampai aku dtg hospital tu. Masa Shotri call aku nangis tu, dia cakap kat aku.

Doktor bgtahu, kepala Manan bleeding. Tengkorak pecah. Masa ni aku meraung teruk beb! Rupanya tengkorak retak, bukan pecah. Henet betul! Dan yg bgtahu tu doktor praktikal. Aku rasa nak tinju muka doktor tu.

Apabila sampai di hospital untuk melawat Manan, ada perkara yang begitu menyedihkan berlaku kepadanya....

Ok so aku sampai HSA dalam 2:30pm. Elok plak habis masa melawat. Maka aku pun menunggu la sampai 4:30pm depan wad NHDU tu. 4:28pm aku terus henjut masuk. Lantak lah!

Boleh tengok gambar di bawah untuk melihat keadaan dia ketika itu:

Kaki tangan kena ikat, sebab dia agresif. Paling aku sedih, DIA HILANG INGATAN! Dia tak kenal aku, dia tak kenal kawan balai dia & langsung tak kenal family dia. Allah! Aku tanya dia, kenal aku tak? Ntah berapa nama perempuan dia sebut.

Aku dah tawakal habis masa ni. Aku suap dia makan, aku buka ikatan kat tangan & kaki dia, kesian sgt aku tgk. Aku rasa aku boleh handle, so aku buka. Tapi dia plak nak rentap semua wayar yg ada kat tubuh dia. Aku marah dia mcm marah budak kecik.

Perangai dia mmg jadi lain. Doktor cakap kena tunggu waris dia dtg. So kakak dia 2 org fly dari Sibu, sampai malam.

7/7/18, kami jumpa doktor. Doktor cakap ada bleeding, tekanan pada otak dia sbb hentakan kuat. So dah ada tanda-tanda strok kat otak.

Doktor bagi solution.

Manan perlu dibedah untuk buang tempurung depan supaya otak tak pressure

Kakak-kakak Manan tanya aku, minta pendapat aku. Aku cakap, kita buatlah apa yg terbaik asalkan Manan pulih balik. So kami setuju utk buat operation.

Aku siap bagi penyu aku utk dia peluk.

So jam 4:15pm, dia masuk OT. Sebelum tu doktor explain, pasal risiko semasa & selepas operation. Dah dapat concern, baru masuk ot. Seriau aku dengar.

Di bawah merupakan gambar dia sebelum masuk OT:

Pembedahan mengambil masa kira-kira enam jam dan ianya berjalan dengan lancar dan selamat. Selepas itu, Manan dimasukkan kembali ke wad NHDU.

Ini merupakan gambar Manan selepas pembedahan. Menangis bila tengok keadaan dia masa ni.

8/7/18, masih di NHDU. Keadaan stabil. Bila panggil nama, dia bagi respon. Cuma tak buka mata. Dia boleh genggam tangan. Dia masih peluk penyu aku. Huduh penyu aku kena darah dia. So aku bagi dia bantal penguin dia.

Petang tu aku tgk dia dah mula pakai mask oxygen yg biasa tu, maksudnya dia dah boleh bernafas dgn sendiri. Alhamdulillah! Aku harap dia kenal aku.

9/7/18, Manan dah masuk wad biasa. Aku tengok dia tidur style tidur kat rumah. Aku panggil dia, tp dia mmg nak tidur je. Dia celik, dia tidur balik. Sumpah, dia mmg malas nak layan orang. Kakak dia panggil pun dia buat tak reti. Suruh bangun makan pun dia tak nak.

Tapi, aku perasan. Dia tak kenal aku. Dia tak kenal family dia, tak kenal kawan-kawan balai dia. Dalam dia tak kenal tu, dia cuma nak bercakap dgn aku je. Dia genggam tangan aku je. Kakak2 dia cakap Melanau dgn dia, dia jawab Melayu. Dia tak cakap Melanau.

Ini merupakan gambar kesan jahitan di kepala Manan:

Masa ni tak nampak obvious lagi takde tempurung bahagian depan tu sbb masih bengkak lepas operation. Membulat terus muka dia.

Begini rupa Manan. Walaupun nampak macam mata ditutup, sebenarnya memang dah celik habis.

Dah siap-siap, dia boleh sambung tidur. Mmg banyak akal. Sempat dia berentap selimut dgn nurse. Gambar ke 2 tu lah Shotri. Kawan baik kami dua orang:

Shotri, kawan baik Manan.

Image via Twitter @atengsepet

4-5 hari selepas keluar dari hospital, Manan di bawa ke Balai Bomba iaitu tempat dia bekerja

Dia jalan menonong je masuk, dia buka locker dia. Aku happy gila, sbb dia masih ingat dia kerja sbg bomba. Sebab haritu aku tanya dia kerja apa, dia jawab “cikgu”.

Dia buka locker, dia amik seluar celoreng dia, dia pakai. Dia amik topi merah dia, dia nak pakai mcm nak pegi roll call. Dia cakap kenapa topi mcm kecik jee. Padahal kepala dia kan bengkak lagi. Masa ni aku menangis tengok dia. Sumpah.

Masa tu aku tak sempat amik gmbr sbb aku nangis sorok-sorok dari budak balai. Hahahaha! Gambar atas ni, masa ni dia tgh siap-siap nak pegi kerja. Dia tak tahu dia mc, dia tak tahu dia eksiden, dia tak tahu apa-apa. Sedih tgk keadaan dia. Sedihhhhh!

Sebenarnya, Manan eksiden motor dekat susur keluar Kempas menghala highway Pasir Gudang. Kawasan tu memang gelap takde lampu. Takde siapa tahu apa yg jadi kat Manan, sbb dia sendiri tak ingat dia eksiden.

Masa dia eksiden tu, pemandu treller yg lalu jalan tu yg call ambulans. 
Alhamdulillah nasib baik treller tu perasan dia kat tengah jalan, sempat emergency brake! Allah. Dia call ambulance. Manan dlm keadaan tak sedar dah masa tu.

Tgh pada cara motor dia, belakang motor ada kesan kena langgar. Motor dia calar & cover set pecah blah kanan je. 
Ekzos patah. Semua belah kanan. Means dia jatuh blah kanan. Hmm! Pegi report balai, boleh polis tu kata cctv tak function. Masa tu aku dah nak jadi beast. Hampir nak mengamuk. Tp ketua balai a.k.a bos Manan ni tenangkan aku.

So tak dapat tahu apa yg berlaku sebenarnya. Manan ni antara makhluk yg aku kenal bawa motor memang cermat & tak bawa laju. So aku mmg tak puas hati selagi tak buka kes.

Nak dijadikan cerita, ketika kemalangan, Manan memakai baju sweater milik Aten yang berwarna gelap. Memang sukar untuk pemandu lain nampak dia di jalan raya.

Masa eksiden, Manan pakai baju sweater aku. Baju tu memang fully black. Aku dah banyak kali pesan kat dia, jangan pakai baju hitam masa naik motor waktu malam. Tapi malam kejadian tu, benda nak jadi. Dia pakai jgk. Degil!

So salah satu punca, pakai baju gelap. Ni gambar sweater aku yg dia pakai. Memang takde reflector.

So effect pada kemalangan tu, Manan hilang ingatan. Selama ni aku tengok scene hilang ingatan ni cuma dalam drama je. Tapi bila aku sendiri berhadapan situasi mcm ni, sedih wei. Lebih lagi dia tak kenal kau.

Tapi dia bukan hilang ingatan sepenuhnya. Memang awalnya dia tak tahu apa-apa, tak kenal org, tak ingat diri dia. Semua dia tak tahu. Tapi ada setengah benda dia tahu, dia ingat. Paling tepat, actually dia confuse. Kadang apa dia cakap 5 min sebelum pun dia lupa.

Dia tak boleh ingat apa yg dia makan siang tadi. So keluar dari hospital, 2-3 minggu, semuanya diuruskan. Makan, minum, berak kencing, mandi semua aku & kakak2 Manan yg uruskan. Berjalan kena berpimpin, takut jatuh.

Ha, dia pernah tumbang tiba-tiba. 3 kali. Nasib baik tak kena kepala. Sebab dia tak boleh balance badan dia sgt. Sbb tu kena sentiasa berteman. Hmm..

Besar dugaan ketika menjaga Manan. Dalam tempoh 2-3 minggu pertama, rakan Manan hampir hilang sabar ketika menjaganya.

Malam dia tak tidur langsung, setiap 3-5 minit dia akan berjalan, merayap, keluar masuk bilik sampai tahap aku kena kunci semua bilik dlm rumah. Bila dia bangun, satu rumah kena bangun nak monitor dia. Bayangkan, sampai jam 7am dia mcm tu.

So waktu siang jelah aku ganti waktu tidur aku. 3 minggu wei mcm tu! Then dia cakap melalut. Dia cakap benda yg takde kaitan. Pastu dia sibuk nak pegi kerja, padahal mc 3 bulan. Penat aku bertekak dgn dia. Aku marah, tapi mmg sia-sia lah. Dia tak faham apa-apa.

Dan dia betul-betul takde perasaan masa tu. Perasaan syg, kesian, simpati, marah. Takde langsung. Sebulan! Muka dia takde reaction, takde senyum, takde ketawa. Aku ni dah berserah kat Allah, kalau dia tak ingat aku pun takpelah. Asalkan dia tahu diri dia.

Hampir sebulan menjaga Manan, tiba-tiba ramai terkejut apabila dia mampu untuk mengingati nama penuh orang yang paling rapat dengan dia

Bayangkan, dekat sebulan aku jaga dia, dia tak tahu nama aku. Sampailah satu hari tu, seharian aku keluar duk rumah makcik aku. Memang saja aku lari dari dia sbb geram. Aku balik tgh malam. Sebelum tidur, aku nampak dia duk tgk album dlm iphone dia.

Aku tanya dia. Tgk gmbr siapa? Dia sebut nama penuh aku, dia tunjuk gmbr family aku, gmbr-gmbr aku dgn dia, gmbr kawan balai dia. Allah! Terharu aku! Dia dah ingat nama penuh aku. Dia kenal nama-nama orang. Aku happy! Sumpah aku happy.

Sebulan! Betul lah, Allah betul-betul uji aku jaga org yg celaru otak ni. Bukan celaru jantina ye! Alhamdulillah, kami dah lepas dari fasa yg betul-betul menduga. Alhamdulillah!

Ni aku attach gambar-gambar dia yg latest. Gambar dia tanpa tempurung kepala bahagian depan. Dari atas dahi sampai tengah bahagian ubun-ubun:

Alhamdulillah, ingatan dia hampir pulih. Dan dia tgh tunggu Q dari hospital utk pasang balik tempurung kepala dia.

Tempurung kepala dia masih elok, disimpan dlm peti sejuk bahagian beku. Tempat simpan ayam ikan. Hahahaha tak tak! Gurau! Ada kat hospital. Dalam peti sejuk kat HSA tu. So nanti pasang balik, kena guna skru nak lekatkan balik tempurung tu, memakan kos RM200 utk setiap skru. Pakai 6 biji, so kos RM1,200. Bertabahlah!

But! Kata-kata positive & nasihat demi nasihat adalah perlu utk si Manan ni. Semuanya sbb nak elakkan dia jadi demotivate bila dia tengok fizikal dia berubah. Gila, kalau aku kat tempat dia, aku pun tak tahu mcm mana keadaan aku. Mampu ke aku terima kepala aku mcm tu.

Tapi dia, alhamdulillah. Dgn semangat dari aku, keluarga & kawan-kawan balai. Dia tak pernah ada rasa malu berhadapan dgn org ramai dgn fizikal dia mcm tu. Dia keluar dgn aku tak pakai topi. Dia tak kisah org pandang pelik tgk kepala dia.

Dia takde rasa malu. Dia cakap dia terima ketentuan Allah. Allah jadikan dia mcm tu bersebab. At least Allah masih panjangkan umur dia & izinkan dia utk terus hidup! Alhamdulillah.

Tapi dia pun manusia biasa. Bila dia kat rumah, termenung, kadang aku nampak dia menangis. Aku suka biarkan dia menangis. Supaya dia rasa lega. Lepas tu baru aku approach dia dgn positive vibes seketul Ateng. Eh tapi dia masih kacak.

Dia masih boleh senyum, boleh ketawa. Alhamdulillah, dia masih manan yg aku kenal. Takde apa yg aku harapkan selain dia diberi kesembuhan, diberi kesihatan yg baik & dipulihkan ingatan.

Pengajaran yang boleh diambil dari kisah Manan ini adalah:

Pada yg bawa motor tu, beringatlah. Pilih pemakaian yg betul. Tak salah pakai baju gelap, tapi siang-siang hari okay lah. Nak salahkan pemandu kereta 100% pun tak boleh, sbb korang pakai baju gelap. Hati-hati mcm mana pun korang, benda nak jadi.

Papa aku selalu pesan. Penunggang motor dgn pemandu kereta lori kereta kebal treller ni ibarat tembikai dgn durian. Kau naik motor, kau langgar org kau yg sakit. Org langgar kau pun, kau yg teruk. Itulah nasib pengguna motor.

Ingatlah org yg kau sayang, menunggu kau kat rumah. Baliklah dgn selamat. Kami kat rumah ni menunggu kepulangan org yg kami sayang, bukan menunggu jenazah tubuh yg dah kaku. Please lah korang.

Pada yg tanya apa hubungan aku dgn Manan. Asal dari jiran, kawan, one of student diving aku yg tak pernah stop tanya pasal diving, dive buddy, fiancé & insha Allah ada jodoh kami kawin.

Kejadian ini juga mampu membuka mata betapa pentingnya setiap individu untuk memiliki insurans.

Kenapa?

Bila jadi mcm ni, baru timbul kesedaran dalam diri betapa pentingnya insurans. Betul, mmg kita ada hospital government, low cost. Mcm kes Manan, dia guna GL sbb dia bomba. Alhamdulillah dia cepat sembuh. But ada part yg tak best.

Bila hospital government ni, kami kena tunggu Q. Tempurung Manan sepatutnya boleh dipasang balik dalam tempoh yg terdekat, lepas sebulan mcm tu pun dah boleh pasang. Now doktor bgtahu at least 6 bulan. Hmm 6 bulan!

Bayangkan Manan nak kena survive selama 6 bulan tanpa tempurung, risiko jatuh & drop object direct kena otak terus. Dia pun kena kerja, cari rezeki nak teruskan hidup. Nak belanja aku chicken chop lagi. 6 bulan tu pun kalau dapat lah giliran lah, kalau tak mmg lagi lama lah.

Doktor tak boleh buat apa. Unless kalau Manan ada insurans & refer pada private hospital. Terdiam Manan. Masa tu baru Manan cakap menyesal tak amik. Aku pun dah refer dgn sepupu aku, consultant takaful, kalau kes mcm ni 24hrs terus cover lepas sign up.

Yes, kalau ada insurans tempurung kepala dia boleh pasang terus. Hmm. Benda dah nak jadi kan? Tapi at least terbuka mata lah jgk betapa pentingnya insurans. Aku yg seksa bayar bulan-bulan pun tiba-tiba rasa bersyukur amik insurans.

Bila dah kena, baru nak menadah. Itulah perangai manusia. Aku tarik balik kata-kata aku. Insurans penting. Kalau tak sayang nyawa, fikirlah org sekeliling yg sayang kau. Itu je. Jgn kau mati menyusahkan org bayar kos itu ini. Kesian org yg hidup tu nanti.

Weiiii. Aku bukan agent insurans. Aku tak promote insurans, tapi aku nak tekankan kat sini betapa pentingnya sang insurans. Manan ni ada GL pun, nak pasang tempurung pun kos RM1,200 kena bayar sendiri kat Hospital government. Kalaulah ada insurans. Hmm..

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baru-baru ini:

You may be interested in: