[VIDEO] 4 Cedera & 7 Buah Kereta Dirempuh Bas Rapid KL Di Lebuhraya (MRR2)
Pemandu bas tersebut juga cuba untuk melarikan diri selepas kejadian itu.
Malam tadi kira-kira jam 8:45 malam, seorang pengguna Facebook iaitu Azri Arip memuat naik status berkenaan insiden yang berlaku melibatkan sebuah bas Rapid KL yang telah melanggar 7 buah kereta
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, empat orang awam cedera selepas tujuh kereta dilanggar oleh bas Rapid KL yang dalam perjalanan dari Kampung Keramat menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), malam tadi.
Dalam video tersebut menunjukkan sebuah bas Rapid KL yang dikejar oleh beberapa orang lelaki menggunakan motosikal apabila pemandu bas memandu secara bahaya.
Selain itu, pemandu bas itu juga telah menyeret kenderaan tersebut ke kiri, kanan dan depan tanpa berhenti.
Pemandu bas tersebut juga telah cuba untuk melarikan diri selepas dia merempuh sebuah gerai dan menyebabkan seorang wanita serta bayinya cedera
Pemandu bas tersebut telah dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut
Dalam sebuah video yang telah dimuat naik oleh Azri menunjukkan pemandu yang memakai baju oren, dilihat duduk di atas tanah dan dikelilingi oleh orang ramai.
Penunggang motosikal yang ada di tempat kejadian telah memaki hamun pemandu bas berkenaan yang dikatakan melanggar ibunya, sebelum pemandu bas terbabit melarikan diri apabila kenderaan itu tidak bergerak.
Zulkefly juga berkata, “Pemandu bas berkenaan mungkin ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pegawai penyiasat masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. Masih belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu (tangkapan),” katanya.