Rangkuman Penuh Kes Dera Adik Yaya Oleh Ibu Tiri Kejam Sehingga Patah 13 Tulang
Sabarlah adik Yaya. Ketahuilah bahawa Tuhan menyayangi kamu. #PrayforYaya.
Wajahnya cengkung, seluruh badannya lebam dan dipenuhi parut, kepalanya luka terkoyak, belakangnya pula membongkok, dipercayai kesan daripada patah tulang belakang, rusuk serta paha akibat tidak dirawat sempurna
Itu keadaan fizikal Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, setelah dipelihara bapa kandung dan ibu tirinya di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas sejak dua tahun lalu.
Selain itu, sikap Nur Zuliana Zaara atau nama timangan Yaya juga bertukar menjadi pasif, pendiam dan antisosial, jauh berbeza berbanding perwatakan asalnya yang aktif.
“Ketika melihat keadaan Yaya yang serba daif, hancur luluh hati saya. Bayangkan, saya sendiri sudah tidak cam itu anak saya,” rintih ibu kandung kanak-kanak itu, Sana Abdul Malek.
“Ibu mana yang tidak sedih melihat anak yang sebelum ini petah bercakap dan berperwatakan ceria bertukar jadi pendiam dan fizikalnya juga kurus kering."
“Siapa sangka anak saya yang masih belum mengerti apa-apa dan baru menginjak ke usia lima tahun, tergamak dikasari sehingga patah tulang belakang, tulang rusuk termasuk pinggul serta lebam-lebam di seluruh badannya dipercayai akibat didera ibu tirinya," luah Sana.
sinarharian.com.myMenurut Sana, Yaya diberikan hak penjagaan kepada bekas suaminya setelah dia bercerai dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu
“Kali terakhir, saya jumpa suami ketika bulan puasa tahun lalu dan selepas itu saya hanya hubunginya melalui telefon bertanyakan khabar anak."
“Walaupun saya tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan sah dengan bekas suami, namun saya sering ambil berat soal anak tunggal saya itu, dan tidak pernah mengabaikannya,” katanya.
Manurutnya lagi, sebelum ini bekas suaminya itu tidak pernah membenarkan dia melawat anaknya dan sering memberi alasan bimbang akan bergaduh dengan isteri barunya.
Namun minggu lalu, Sana menerima panggilan telefon daripada isteri bekas suaminya itu dan berkata tidak mahu menjaga Yaya dan mahu menyerahkan penjagaan kepadanya
“Saya tanpa banyak soal terus bersetuju dan ambil anak saya pada malam 24 Julai lalu lebih kurang 1 pagi di belakang Pasar raya Pantai Timur Rantau Panjang melalui orang tengah dan tidak langsung bertemu dengan bekas suami malah isterinya."
“Selepas mengambil anak saya itu, saya lihat keadaan anak saya itu lemah dan turut melihat badannya dipenuhi parut dan saya mula syaki Yaya didera setelah memeriksa lebam-lebam di badannya itu dan buat laporan polis keesokannya di Balai Polis Pasir Mas," katanya lagi.
Sana membawa Yaya ke Hospital Golok yang kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu.
Selepas doktor membuat pemeriksaan, masa depan Yaya tampak kabur dan gelap apabila dia disahkan bakal mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di seluruh badan
Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa mengalami beberapa kecacatan kekal seperti bongkok akibat masalah tulang belakang yang patah serta tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, keadaan tersebut berlaku disebabkan mangsa tidak pernah dirawat dan semua kecederaan yang dialami dibiarkan sembuh dengan sendiri sejak dia mula didera kira-kira enam bulan lalu.
Beliau berkata, 10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan.
“Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan. Mangsa juga didapati dalam keadaan trauma di samping mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem pernafasannya. Sekarang, dia amat letih dan tidak bermaya,” ujar Dr. Ghazali.
Selain itu, usus Yaya juga dikatakan berlipat sehingga mengganggu sistem pencernaan. Pembedahan utama di bahagian perut dilakukan segera dan mengambil masa selama 2 jam.
Satu persoalan yang timbul daripada orang ramai ialah, "Siapakah bapa dan ibu tiri Yaya yang kejam itu sehingga sanggup mendera budak 5 tahun ini sampai patah 13 tulang?"
Jawapan akhirnya terbongkar. Imej wanita bertudung litup manis ini yang dikenali dengan nama Raisha Hassan menjadi viral sebaik sahaja berita tentang Yaya mendapat perhatian.
Dan ini pula gambar Raisha bersama suaminya, iaitu
bapa kandung Yaya
Dimanakah mereka? Pada mulanya, hasil siasatan polis mendapati bahawa pasangan muda itu dipercayai melarikan diri ke Thailand susulan kejadian tersebut untuk bersembunyi di sana.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata pihak polis bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi menangkap pasangan berkenaan secepat mungkin.
“Kecederaan mangsa serius dan kita jalankan siasatan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak dan kita akan jalankan tangkapan kepada penjaga dia iaitu bapa dan ibu tirinya."
“Buat masa ini kita sedang buru mereka. Kita pandang serius kes ini kerana kes penderaan menyebabkan kanak-kanak ini tidak seperti kanak kanak lima tahun kerana tidak bagi makan dan seluruh tubuh ada kecederaan sampai ke kepala,” katanya.
Pihak polis bagaimanapun berjaya menahan pasangan terbabit di Kota Bharu pada Ahad, 28 Jun 2015 jam 9 malam. Mereka direman empat hari bermula Isnin, 29 Jun bagi membantu siasatan.
Yaya kini berada dalam keadaan stabil namun enggan bercerita mengenai peristiwa yang berlaku kerana masih dalam keadaan trauma