Kes Hutang Duit Kutu, PDRM Terima 35 Laporan Babitkan Kerugian RM1.7 Juta
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis kini terima 35 laporan berkaitan wanita yang terbabit dengan hutang duit kutu melibatkan keseluruhan kerugian berjumlah RM1.7 juta
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata kesemua laporan itu dibuat oleh mangsa yang berusia antara 23 hingga 53 tahun di mana siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, tiga beranak dilaporkan telah hilang dan gagal dihubungi selepas beredar dari rumah mereka di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam, sejak 20 Julai lalu.
Bapa wanita terbabit yang berusia 62 tahun kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Kayu Hitam Isnin lalu selepas gagal mengesan anak perempuannya, menantu serta cucunya itu.

Pasangan suami isteri terbabit muncul serah diri sebelum direman
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri terhadap kedua-dua suspek masing-masing berusia 39 dan 36 tahun yang direman bermula hari ini, 6 Ogos 2026 hingga Ahad ini untuk membantu siasatan.
Kedua-dua mereka direman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Terdahulu pasangan suami isteri terbabit dibawa ke Mahkamah Jitra dengan menaiki lori polis pada jam 9 pagi untuk proses reman sebelum dibawa keluar dari mahkamah ke lokap Balai Polis Jitra selepas proses reman selesai.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via