seismik

#AnakAnakMalaysia 2023: Penuh Dengan Ekstra Keseronokan di Eco Grandeur!

Anda berpeluang untuk menikmati Ketuk-Ketuk Festival yang dibawa oleh RIUH, Pesta Perjumpaan Kenderaan Elektrik (EV) dan Cabaran Electro Blitz - Cabaran PEV Pertama di Malaysia, semuanya ada di Eco Grandeur!

Cover image via EcoWorld & Aurizn

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh EcoWorld. 

Tak tahu nak pergi mana pada hujung minggu?

Jangan risau, EcoWorld menerusi program #AnakAnakMalaysia (#AAM) menganjurkan sebuah Festival yang anda mungkin tidak pernah sertai sebelum ini!

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, #AAM2023 membawakan kelainan daripada tahun sebelumnya. Festival yang diadakan kali ini, lebih unik, lebih hijau dan lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik kepada pengunjung.

Tahun ini, #AAM bertemakan #ActionGreeneration yang menggabungkan perkataan 'action' dan 'generation' bagi memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia agar dapat membawa perubahan positif kepada alam sekitar melalui rutin harian mereka.

Nak tahu apa aktiviti yang menarik? Jom!

Ketuk-Ketuk Festival dari RIUH - Bazaar Hijau yang menarik, dan pelbagai acara lain yang dikuasakan oleh kenderaan elektrik (EV)

Image via EcoWorld

Ketuk-Ketuk Festival dari RIUH kali ini berbeza daripada bazaar-bazaar yang pernah dilakukan sebelum ini. Apa yang uniknya adalah bazaar ini berkonsepkan bazaar hijau! Sebanyak 40 vendor menjual barangan yang mesra alam, Lebih menarik, , sebahagian daripada gerai-gerai yang ada di situ akan menggunakan kuasa kenderaan elektrik (EVs) yang ditaja oleh Yinson GreenTech.

Image via EcoWorld

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak anda seperti ruang permainan kayu yang selamat, permainan tradisional seperti congkak dan pelbagai aktiviti menarik lagi yang bertemakan eko. Selain itu, terdapat juga workshop seperti membuat jus dengan melakukan kayuhan basikal dan pameran muzik.

Image via EcoWorld

Anda juga boleh membeli-belah di Ketuk-Ketuk Festival, sambil layan live performance tau! Memang sesuai sangat berkunjung ke #AAM pada hujung minggu nanti. Satu tempat ada semuanya! Dari aktiviti hingga ke live performance! 

Pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan menarik daripada Leaism, HelloLuqman, Angel X Rocksta, Liesl-Mae, Khodi, Amrita Soon, Wan Sin Hoe, dan Site Specific Dance!

Image via EcoWorld

Apa yang menarik sekali adalah, bersedia untuk lebih kegembiraan dengan cabutan bertuah* yang sangat menarik dan menyeronokkan. Jangan tunggu lagi, rancang percutian anda, kerana anda mungkin pemenang bertuah tersebut!

*Tertakluk Terma & Syarat.

Saksikan Pesta Perjumpaan Kenderaan Elektrik (EV) pada 9 September

Image via Aurizn

Acara menarik ini merupakan tontonan wajib sekiranya anda seorang peminat EV. Saksikan pelbagai jenama EV mempamerkan kebolehan dan reka bentuk kereta mereka menerusi festival perjumpaan ini.

Pada hari tersebut, mereka turut menyediakan persembahan Tesla Lighting yang memukau dan pastinya akan membuat anda kagum!

Tahu tak apa tu Cabaran Electro Blitz? Ia adalah Cabaran PEV yang PERTAMA di Malaysia!

Image via EcoWorld

Alami atmosfera pengembaraan yang menyeronokkan di Cabaran Electro Blitz nanti! Pra-pendaftaran telah dibuka, terdapat pelbagai kategori yang direka khas mengikut citarasa anda.

Meskipun anda hanya penonton, denyutan nadi anda pasti akan meningkat semasa menonton cabaran ini! Ayuh ke sana untuk memberi semangat kepada peserta dan menikmati acara ini bersama.

Anda boleh mengikuti halaman Facebook TREX Bike Park at Eco Grandeur untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Tak perlu risau pasal makanan dan minuman kerana Grandeur Labs ada pelbagai restoran untuk dinikmati!

Image via EcoWorld

Kalau lapar, singgah saja di restoran kegemaran anda kerana ia sangat berdekatan. Di samping itu, terdapat pelbagai restoran di sana yang sesuai untuk anda dan keluarga menjamu selera seperti Texas Chicken, Nando's, Subway, Andra by Gula Cakery, Ayam Penyet Best, Tealive, Starbucks dan banyak lagi. Tak perlu pergi jauh-jauh, memang mudah!

Tunggu apa lagi? Jom meriahkan lagi #AnakAnakMalaysia 2023 pada hujung minggu tersebut!

Ajak ramai-ramai kenalan anda dan family untuk enjoy aktiviti bersama. Memang best!

  1. Lokasi: Eco Tropics @ Pasir Gudang, Johor
    Tarikh: 25 Ogos 2023 – 27 Ogos 2023
    Masa: 3PM – 10PM
    Acara: Bazaar Lokal, Pameran Kelestarian dan lain-lain

  2. Lokasi: Eco Spring @ Tebrau, Johor
    Tarikh: 31 Ogos 2023 – 3 September 2023
    Masa: 4PM – 11PM
    Acara: Bazaar Merdeka, Aktiviti Kanak-Kanak dan Persembahan

  3. Lokasi: Eco Galleria @ Iskandar Puteri
    Tarikh: 31 Ogos 2023 – 3 September 2023
    Masa: 12PM – 10PM
    Acara: #AAM Karnival, “Taste of Malaysia” Bazaar Makan-Makan, Supa Dupa dan lain-lain

  4. Lokasi: Eco Galleria @ Iskandar Puteri
    Tarikh: 7 September 2023 – 10 September 2023
    Masa: 10AM – 10AM
    Acara: City Gardening Event (Malaysia Largest Plant Mega Sales) & Mercedes Benz EVs Show

  5. Lokasi: Eco Horizon @ Bandar Cassia, Pulau Pinang
    Tarikh: 9 September 2023 (Hari Pertama)
    Masa: 2PM – 4PM
    Acara: Pertandingan Fashion Show Kanak-Kanak
    Tarikh: 10 September 2023 (Hari Kedua)
    Masa: 11:30AM – 2PM
    Acara: Persembahan dari BBK Channel & Pertandingan Melukis dan Mewarna untuk Kanak-Kanak

  6. Lokasi: Eco Ardence @ Setia Alam, Klang Valley
    Tarikh: 9 September 2023 – 10 September 2023
    Masa: 10AM – 6PM
    Acara: “Cardboard Playland”

  7. Lokasi: Sanctuary Mall @ Eco Sanctuary, Klang Valley
    Tarikh: 23 September 2023 – 24 September 2023
    Masa: 11AM – 8PM
    Acara: “Cardboard Playland”

Alami dunia yang penuh dengan inovasi teknologi hijau, pengalaman yang menakjubkan, dan kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan!


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman website EcoWorld. Jumpa anda di sana!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik