Khafiz Al Kicok Kini Dalam Senarai Pendaki Dari Malaysia Telah Berjaya Tawan Puncak Everest
Beliau tiba di puncak pada jam 2.25 pagi bersama pendaki dari Mongolia dan Nepal dengan bantuan sherpa berpengalaman.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang anak tempatan telah berjaya sampai ke puncak Gunung Everest hari ini, 18 Mei 2026 dalam Ekspedisi Musim Bunga 2026
Menerusi perkongsian penganjur ekspedisi tersebut, AltiPro Adventures di Facebook, Pendaki Malaysia, Mohd Khafiz Bachok, 47, turut dikenali sebagai Kicok antara yang berjaya tiba di puncak setinggi 8,848 meter itu.
Difahamkan, beliau telah tiba di puncak pada jam 2.25 pagi bersama pendaki dari Mongolia dan Nepal dengan bantuan sherpa berpengalaman.
Beberapa lagi pendaki dari Australia dan Nepal pula dilaporkan tiba di puncak pada jam 2.35 pagi, selepas masing-masing melakukan pendakian akhir yang dirancang rapi dalam keadaan cuaca ekstrim.
Semua pendaki bersama pasukan sherpa kini sedang turun semula ke Base Camp, dengan syarikat itu menegaskan kejayaan tiba di puncak hanyalah 'separuh daripada perjalanan'.

Mohd Khafiz Bachok.
Image via FacebookKejayaan yang dikecapi hasil latihan selama berbulan di Himalaya
Menurut Altipro Adventures, pendakian itu yang juga musim pertama mereka ke Everest adalah hasil persiapan berbulan-bulan membabitkan proses penyesuaian altitud, perancangan laluan serta kerjasama pasukan di banjaran Himalaya.
Pasukan terbabit dikatakan telah menunjukkan 'ketahanan luar biasa, kekuatan dan semangat ekspedisi' dalam usaha menawan puncak gunung tertinggi dunia berkenaan.
"Sebagai musim pertama Everest bagi Altipro Adventures, kami memberikan yang terbaik untuk memastikan ekspedisi ini berjalan dengan selamat, berjaya dan diuruskan secara profesional," katanya.
Menurutnya, kejayaan ini menjadi permulaan kepada perjalanan syarikat terbabit dalam bidang ekspedisi altitud tinggi yang menekankan aspek keselamatan, kerjasama pasukan dan keazaman.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via