seismik

Khairy Jamaluddin Dan Isteri Selamat Timang Raif 'Leo' Averroes

Adakah Raif akan mengikuti jejak langkah ayahnya kelak?

Cover image via Instagram Khairy Jamaluddin

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin baru sahaja menyambut kelahiran putera ketiganya pada petang semalam

Isteri Khairy, Nori Tun Abdullah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pasangan itu pada pukul 3.53 petang.

bernama.com

Berita gembira pasangan itu menimang bayi lelaki yang diberi nama Raif 'Leo' Averroes dikongsi Khairy melalui Twitter miliknya


"Tweet" tersebut berbunyi: "Saya tidak tahu tentang jantinanya sehingga dilahirkan. Ia anak lelaki!" kata beliau dengan bangga.

mstar.com.my

Dengar sahaja nama Averroes, kami tertanya-tanya, "Apakah maksudnya?".

Hasil carian kami menemui bahawa nama Averroes merupakan nama seorang cendiakawan Islam yang lebih dikenali sebagai Ibnu Rushd. Beliau telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Hebat.

Khairy turut berkongsi gambar anaknya itu beserta 'tweet' "Selamat berjaya menulis namamu nanti di sekolah, anak lelakiku!"


Ucapan tahniah mula menghujani Khairy sejurus pengumuman berkenaan dibuat






Untuk makluman, pasangan Khairy dan Nori mendirikan rumah tangga sejak 2001. Mereka mempunyai dua anak lelaki yang diberi nama Jibreil 'Cougar' Ali, 8 dan Timor 'Puma' Abdullah berumur 7 tahun.

Nori merupakan anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Endon Mahmood.

mstar.com.my

Tahniah diucapkan kepada pasangan Khairy dan Nori. Semoga Raif 'Leo' Averroes menjadi seorang anak yang sentiasa taat dan berjasa kepada ibu bapa.

Image via www2.nst.com.my

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kami ada banyak lagi cerita menarik tentang KJ. BACA SINI:

You may be interested in: