KHUP Edisi Ke-5 Kembali Di Sepang, Platform Sehenti Untuk Pakej Haji, Umrah & Pelancongan

Sebanyak 34 Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen tampilkan pakej haji, umrah dan
pelancongan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via KHUP Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) bakal menganjurkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan kali ke-5 (KHUP5) yang dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 11 Oktober 2026 di Mövenpick Hotel & Convention Centre (MHCC), KLIA, Sepang

Penganjuran edisi kelima ini bertindak sebagai platform sehenti yang menghimpunkan 34 Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen yang dilantik rasmi oleh TH bagi Musim Haji 1448H/2027M. Karnival ini menyediakan ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat secara terus serta membuat perbandingan pakej haji, umrah, dan pelancongan patuh syariah mengikut kemampuan serta keselesaan masing-masing

Memasuki edisi kelima, KHUP5 menjadi platform sehenti yang menghimpunkan 34 Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen yang dilantik TH bagi Musim Haji 1448H/2027M untuk memberikan maklumat dan menawarkan pakej haji, umrah dan pelancongan yang menarik dan kompetitif kepada masyarakat.

Pengarah Haji TH, Mohd Hisham Harun berkata KHUP5 memberi peluang kepada bakal haji mendapatkan maklumat secara terus daripada PJH berlesen sebelum membuat pilihan pakej berdasarkan kemampuan, keperluan dan keselesaan masing-masing.

"KHUP5 bukan sekadar pameran pakej haji, malah merupakan platform ilmu, pengalaman dan komuniti yang membantu masyarakat mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini berkaitan urusan haji. Pada masa sama, TH sentiasa mengingatkan masyarakat supaya memastikan segala urusan haji dibuat melalui saluran yang sah serta mematuhi ketetapan pihak berkuasa," katanya.

SAYS.com
Image via KHUP Malaysia

Beliau berkata antara mesej penting yang diketengahkan menerusi KHUP5 ialah "Tiada Visa, Tiada Haji", selaras dengan ketetapan Kerajaan Arab Saudi bahawa jemaah perlu mempunyai visa haji yang sah untuk menunaikan ibadah haji.

"Kebenaran memasuki kawasan Arafah, Mudzalifah dan Mina (Masyair) untuk menunaikan ibadat haji hanya diberikan kepada jemaah yang mempunyai visa haji yang sah sahaja. Tindakan melanggar ketetapan ini boleh menyebabkan mana-mana individu disabitkan kesalahan undang-undang Arab Saudi termasuk denda, penjara dan disenarai hitam daripada memasuki kawasan Tanah Suci untuk satu tempoh tertentu," tambah beliau.

Hisham turut memaklumkan antara objektif utama penganjuran KHUP adalah bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan kepentingan menunaikan ibadah haji dengan menggunakan visa yang sah serta menasihati masyarakat supaya memeriksa sebarang tawaran pakej haji dengan teliti bagi mengelakkan daripada terpedaya dengan sindiket penipuan pakej haji.

Pengunjung yang berhasrat untuk hadir digalakkan membuat pra-pendaftaran secara atas talian menerusi laman web rasmi bagi menikmati laluan pantas (fast lane)

Sementara itu, Presiden BUMITRA Malaysia Dr. Wan Muhamad Adam Wan Norudin berkata KHUP5 menyediakan ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan penerangan terus daripada PJH mengenai pakej yang ditawarkan, termasuk pakej ekonomi, selain pelbagai pakej umrah dan pelancongan patuh syariah.

"KHUP5 memberi peluang kepada bakal jemaah mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai perkhidmatan, kemudahan dan nilai tambah yang ditawarkan oleh PJH sebelum membuat pilihan. Kami berharap platform ini dapat membantu masyarakat membuat persediaan haji dengan lebih terancang serta memastikan urusan dibuat melalui saluran yang sah," katanya.

Selain pameran dan promosi pakej, KHUP5 turut menyediakan pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan, kekeluargaan dan hiburan. Antara pengisian yang disediakan ialah Bual Bicara dan Podcast TH, Simulasi Haji Cilik, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak serta persembahan kumpulan nasyid The Raihan, Rabbani dan Ezad Lazim. Pengunjung turut berpeluang menyaksikan kemunculan istimewa BoBoiBoy menyertai kuiz interaktif dan cabutan bertuah serta mengunjungi Bazar Karnival yang menawarkan pelbagai makanan, minuman dan barangan berkaitan haji dan umrah.

Dalam perkembangan berkaitan, TH turut memperkenalkan Anugerah Pengelola Jemaah Haji (Anugerah PJH) pada tahun ini sebagai pengiktirafan terhadap komitmen, sumbangan dan kecemerlangan PJH dalam memberikan perkhidmatan kepada jemaah haji Malaysia. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, pada Majlis Serahan Lesen PJH bagi Musim Haji 1448H/2027M baru-baru ini.

SAYS.com
Image via KHUP Malaysia

TH dan BUMITRA berharap KHUP5 dapat terus menjadi platform yang memberi manfaat kepada masyarakat, di samping memperkukuh kerjasama antara TH, PJH dan pemain industri dalam menyokong ekosistem haji negara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lengkap berkaitan KHUP5 melalui website rasmi tersebut. Pengunjung juga digalakkan untuk membuat pra- pendaftaran secara atas talian (online) bagi mendapatkan fast lane semasa hari karnival.

Untuk itu, orang ramai dijemput hadir ke KHUP5 dari 9 hingga 11 Oktober 2026 di Mövenpick Hotel & Convention Centre (MHCC), KLIA, Sepang. Maklumat lanjutserta e-Brosur Pakej Haji 1448H/2027M boleh diperoleh melalui laman rasmi khupmalaysia.com!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: