seismik

Dalam Diam Jatuh Cinta - Kisah 2 Suami Cuba Mengorat Isteri Mereka Ini Memang Sweet Habis!

Manis-manis belaka!

Cover image via Joshua Koh Photography | & Twins Photography

Kalau bercakap pasal jodoh dan perkahwinan, dua topik ni memang boleh bikin excited. Yelah, siapa tak nak ada teman hidup, kan?

Image via gifer.com

Tapi, bila kami tanya orang yang dah kahwin, ramai yang malu-malu nak cerita pasal pengalaman mereka bercinta dulu-dulu tau!

Mana taknya, ada yang tak pernah sangka pun mereka akan jadi suami isteri dan ada juga yang dah jatuh cinta dengan pasangan sejak dari kecil lagi. Macam kisah cinta dua pasangan yang terlebih sweet ni. Memang ‘bersemut’ habis!

Pasangan #1: Dah suka sejak umur 8 tahun lagi

Siapa sangka, si dia yang pernah mencuri pandangan sewaktu kecil dulu kini dah jadi isteri tercinta. Kalau anda nak tahu, kisah cinta pasangan comel ini milik Raihan dan Haris. Bercerita lanjut tentang perkenalan mereka, Haris dan Raihan dikatakan pernah berjumpa sewaktu berusia 8 tahun lagi.

Pada ketika itu, mereka berdua menemani ayah masing-masing untuk menghadiri acara sama di Port Dickson. Haris awal-awal lagi dah terpukau dengan perwatakan comel Raihan tau. Memandangkan keluarga mereka agak rapat, boleh dikatakan Haris dan Raihan membesar bersama dan kerap berjumpa. Haris yang ketika itu masih muda tak tahu macam mana nak luahkan perasaan pada Raihan.

Tapi, betul lah kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana. Selepas mereka pulang dari UK, Raihan berjumpa semula dengan Haris. Kali ni, Raihan sendiri mula jatuh hati dengan prince charming ini. Mereka berdua kemudiannya mula luangkan masa keluar bersama dan berkongsi cerita. Akhirnya, hubungan cinta Haris dan Raihan berjaya ke jinjang pelamin.

Pasangan #2: Gigih scroll Facebook satu per satu

Babak perkenalan Michelle dan Matthew pula boleh dikatakan ala-ala novel cinta tau. Mereka berdua dikatakan bertemu secara tak sengaja di sebuah gereja di Kuala Lumpur selepas Michelle pulang dari Amerika.

Pada hari itu, hujan turun renyai. Matthew secara tiba-tiba muncul dan mempelawa Michelle untuk memayungkan dia ke kereta. Tapi, Michelle menolak dengan sopan dan memilih untuk meredah hujan terus ke kereta.

Peristiwa singkat itu membuatkan Matthew tekad untuk lebih mengenali Michelle. Berbekalkan nama pertama ‘Michelle’, Matthew mula membuat carian di media sosial dan apa yang mengejutkan dia berjaya menemui Facebook gadis cantik ini.

Kegigihan Matthew nampaknya membuahkan hasil. Mereka pada mulanya hanya berkawan biasa. Tapi Matthew terus mencuri peluang menambat hati Michelle dan akhirnya mereka bergelar pasangan kekasih. Selepas lebih kurang dua tahun bersama, Matthew melamar Michelle sebagai isteri dan mereka berkahwin pada 19 Januari 2019.

Mimpi indah kini jadi kenyataan

Bagi kedua-dua pasangan romantik ini, angan-angan mereka untuk bersama dengan si dia kini bukan lagi mimpi. Apatah lagi dapat membina rumah tangga dengan orang yang kita cinta dah tentu achievement yang paling besar dalam hidup, kan?

Dan bila dah berkahwin ni, banyak lagi perkara yang mereka suami isteri boleh achieve bersama contohnya pergi melancong bersama dan beli rumah idaman!

Tinggal dulu, beli kemudian

Ya guys! Bagi anda atau mana-mana individu yang masih mencari rumah idaman, kami sarankan anda pilih program pemilikan perumahan #InstaYours yang diperkenal oleh EcoWorld!

Melalui program ini, anda mempunyai pilihan sama ada nak buat tempahan awal bagi rumah EcoWorld yang masih dalam pembinaan dan pindah selepas rumah dah siap dibina atau boleh juga pilih untuk tinggal di mana-mana rumah siap atas program #InstaYours selama tempoh 5 tahun.

Image via EcoWorld

Menariknya, andai kata anda buat keputusan nak beli rumah bermula dari tahun ke-2 dalam tempoh 5 tahun tersebut, anda boleh miliki rumah idaman tu dengan harga yang sama seperti anda mula-mula pindah masuk dulu.

Tak cukup dengan tu, ada juga insentif khas disediakan oleh pihak EcoWorld bagi anda yang setuju untuk beli rumah pada tahun kedua atau tahun ketiga. Untung wei!

Lebih berbaloi dan tak ada down payment

Bila nak pilih rumah yang sedang dibina, mesti ramai yang runsing tentang down payment betul tak? Haa.. apa yang best tentang #InstaYours ini ialah anda sebenarnya tak perlu bayar down payment dan bayaran lain pun.

Sebaliknya, cuma perlu sediakan deposit 3 bulan sahaja untuk lock rumah EcoWorld selepas bank approval dan pindah bila rumah dah siap!

Image via EcoWorld

Maybank akan menawarkan pinjaman selagi mana anda mengekalkan rekod bayaran balik dengan sempurna bersama program #InstaYours. Apa yang pasti, bagi anda yang pilih rumah di bawah program #InstaYours ini, bayaran bulanan rumah #InstaYours adalah lebih rendah daripada mortgage tradisional tau.

#InstaYours bantu realisasikan impian!

Image via EcoWorld

Haa.. fikir apa lagi tu? Lepas ni, kalau ada keluarga atau kenalan anda nak cari rumah sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, atau Iskandar Malaysia, beritahu mereka #InstaYours adalah pilihan terbaik yang mampu merealisasikan impian mereka dengan lebih cepat dan mudah.

Sebarang maklumat lanjut tentang program #InstaYours, anda boleh layari laman sesawang EcoWorld sekarang!

*Tertakluk pada Terma dan Syarat

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mungkin senarai ini dapat membantu anda buat keputusan!