seismik

Kisah Disebalik Usahawan Jelita Yang Menawar Dirinya Dalam Iklan "Beli Rumah Dapat Isteri"

Beruntunglah siapa yang dapat membeli rumah tersebut.

Cover image via tempo.co

[TERKINI] Hasrat wanita ini yang menawar dirinya dalam iklan "Beli Rumah Dapat Isteri" tercapai

Image via www.ndtv.com

Setelah sekian lama menunggu, Wina Lia, 40, akhirnya bertemu dengan jejaka yang akan membeli rumahnya, sekaligus menjadi suaminya. Jika tiada aral melintang, mereka akan merasmikan hubungan mereka pada bulan depan.

Menerusi portal berita kompas.com, Wina Lia mengesahkan perkara tersebut serta memberitahu lelaki berkenaan akan membantunya dalam permasalahan ekonomi serta menikahinya.

"Sudah, namanya Redi Eko, duda berusia 40 tahun yang berasal dari Lampung, tetapi ingin menetap di Jogjakarta," ujar Wina.

kompas.com

Wina berkata Redi memang selama ini sedang mencari isteri. Redi dimaklumkan oleh anak buahnya yang terjumpa iklan tersebut melalui internet, lalu memberikan nombor telefon yang tertera kepadanya.

Image via krjogja.com

Kebetulan juga, Redi sudah meminta anak-anaknya menjual rumah mereka di Lampung untuk tinggal di Jogjakarta kerana anak-anaknya bersekolah di Jogjakarta.

Pada mulanya, Redi langsung tidak tahu bahawa sesiapa yang membeli rumah tersebut akan dapat menikahi tuannya. Setelah menghubungi Wina di telefon, barulah dia mengetahuinya.

"Saya cerita permasalahan ekonomi saya yang memaksa saya untuk jual rumah. Dia kemudian tampak begitu peduli dan sudi membantu menyelesaikan masalah saya. Selepas berkomunikasi melalui telefon juga, kami mula rasa sepadan."

"Dalam masa terdekat, kami berdua akan bertemu dahulu di Jogjakarta. Selepas itu, kami bercadang untuk menunaikan Umrah bersama. Dan jika tiada halangan, kami akan merasmikan hubungan kami bulan depan," jelas Wina.

kompas.com

16 Mac: Mula-mula baca, pasti reaksi anda seperti:

Image via wordpress.com

Tak percaya? Ini kisah benar. Seorang wanita bernama Wina Lia dari Yogjakarta membuat tawaran dimana jika ada jejaka yang ingin membeli rumahnya, lelaki itu juga boleh berkahwin dengannya.

Image via Reaction GIFs

Pada mulanya, ia dianggap sebagai satu gurauan tetapi ia ternyata benar apabila dia mengesahkan tentang perkara itu di sebuah rancangan tv di Indonesia

Image via BT.com

Wina Lia yang berumur 40 tahun telah kehilangan suaminya pada tahun 2000. Dia mempunyai dua orang anak berumur 21 dan 14 tahun.

Harapan saya adalah untuk menjual rumah ini. Jika ada yang sudi (membeli rumah ini dan berkahwin dengan saya), adalah sangat penting yang dia seorang yang bujang. Tidak kisahlah jika dia tidak pernah kahwin atau seorang duda tetapi dia mestilah seorang yang bertanggungjawab dan matang” kata Wina Lia.

Wina Lia menerima idea ini apabila dia berbincang dengan seorang sahabatnya, Dian yang juga merupakan agen hartanah

Image via Tempo.co

Dian telah memberi cadangan kepada Wina Lia untuk membuat iklan berbentuk 'meme' yang tertulis menyatakan "beli rumah, dapat isteri".

Wina Lia bersetuju dengan cadangan itu kerana pada masa yang sama, dia memang sedang mencari teman hidup.

Wina Lia mengiklankan rumahnya yang terletak di Sleman itu dengan harga Rp 999 juta atau RM 280 ribu

Saya memang mahu menjual rumah itu. Saya setuju dengan idea itu (beli rumah, dapat isteri) dan calon suami mestilah seseorang yang boleh menjadi imam dan membimbing saya berhijab” kata pengusaha salon kecantikan itu.

Image via Giphy

Dalam iklan tersebut, tawarannya berbunyi:

"Tawaran Terhad Abad Ini!!! Beli rumah dan anda boleh mengajak pemiliknya berkahwin. (Tertakluk kepada syarat). Hanya untuk pembeli yang serius dan tiada rundingan"

Image via rumahdijual.com

Wina Lia menyatakan bahawa dia juga menawarkan tawaran itu kepada jejaka dari Malaysia

Image via SAYS.com

Wina Lia berkata, perkara yang paling penting adalah keserasian. Dia menyatakan, "Jika jodoh saya adalah dengan jejaka Malaysia yang berminat untuk membeli rumah saya, apa salahnya?"

Iklan ini telah tersebar melalui Facebook, BlackBerry Messenger, SMS, WhatsApp dan media sosial yang lain.

Wina Lia turut berkata bahawa dia telah menerima lebih 600 tawaran menyatakan mereka berminat termasuklah dari Arab Saudi dan Hong Kong.

Jadi, jejaka-jejaka Malaysia sekalian. Anda berminat?

Image via photobucket.com

Anda juga mungkin meminati:

You may be interested in: