seismik

Kisah Seorang Gadis Sedekah RM2 Dan Dibalas Ganjaran 150 Kali Ganda Sekelip Mata

Memang benar jika anda ingin murah rezeki, jadilah seorang yang pemurah.

Cover image via Facebook Ezzaty Amin

Kisahnya bermula begini. Ezzaty Amin hendak pulang ke Shah Alam dari Batu Caves dengan menaiki KTM selepas menghadiri sebuah gathering

Image via travelblog.org

Ketika sedang beratur untuk membeli tiket, berdiri seorang pakcik tua berusia akhir 60an di belakangnya. Ezzaty mengambil keputusan untuk 'belanja' pakcik itu tiket KTM ke Shah Alam memandangkan destinasi mereka adalah sama.

Sekadar gambar hiasan.

Image via nukilan-temuk.blogspot.com

"Assalamualaikum pakcik, nak pergi mana?"

Pakcik itu tersenyum padaku dan menjawab "Shah Alam."

"Oh, samalah kita," kataku lalu membelikan dua tiket, satu tiket dewasa untukku dan satu tiket warga tua untuk pakcik.

Pakcik kelihatan tergamam, tapi aku berkata, "Tak apa pakcik, saya belanja."

Di dalam KTM, Ezzaty dan pakcik tersebut berbual-bual tentang kehidupan masing-masing

Pakcik itu memberikanku business card, tetapi aku tidak ambil perhatian dan terus menyimpannya di dalam beg. Kami berbual tentang keluarga, kareer, dan dia beritahu aku yang dia seorang mualaf dari Sabah. Pakcik itu turut meminta aku untuk tasmi' bacaannya pada Surah Luqman, ayat 1-15.

Nak dipendekkan cerita, sebelum masing-masing sampai ke destinasi, pakcik tersebut meminta untuk melihat buku yang Ezzaty sedang pegang

"Buku apa tu? Boleh pakcik tengok?" Aku kata, boleh dan memberikannya buku tersebut ('Langit Ilahi' tulisan Hilal Asyraf). Bila kami tiba ke destinasi, pakcik itu berkata "Berbuat baik dengan ikhlas, pakcik akan doakan kamu di Mekah" kerana pakcik itu akan menunaikan Haji Ahad ini.

Setibanya di rumah, Ezzaty terkejut apabila mendapati di dalam buku tersebut terselit sejumlah wang sebanyak RM300!

Ezzaty lihat semula pada business card yang pakcik itu berikan kepadanya. Rupa-rupanya pakcik tadi merupakan seorang kapten dan pengarah projek untuk syarikat kejuruteraan marin dan pengorekan.

Image via soe.umt.edu.my

Kisah ini dikongsikan oleh Ezzaty Amin di laman Facebook beliau. Ketika artikel ini ditulis, pengalaman manis Ezzaty telah mendapat 185 Shares dan 777 Likes.

Ezzaty percaya pada janji Tuhan iaitu kita takkan jatuh miskin kalau kita bersedekah kepada yang lebih memerlukan. Jadi, rajin-rajinlah untuk membuat kebajikan. Janji Tuhan itu pasti :)

Image via mamanadia.com

Dah baca pasal 5 individu yang membuat kebajikan tanpa mengenal bangsa dan agama ini?

You may be interested in: