Janji Tinggal Janji, Ibu Ainaa Amanda Kesal Populariti Anak Hanya Untuk Raih Publisiti
Semoga terus kuat adik Amanda =)
Anda masih ingat lagi kisah anak kecil bernama Ainaa Amanda Shahzali atau Amanda yang pernah menjadi viral suatu ketika dulu kerana tiada telapak tangan kanan secara semula jadi sejak dilahirkan?
Buat anda yang mungkin sudah lupa, ini dia video yang menyentuh hati ramai rakyat Malaysia suatu ketika dulu:
Setelah video itu tersebar luas, Amanda mendapat begitu banyak laporan media dan ramai pihak turut prihatin terhadap keadaannya sehinggalah dia diberikan tangan mekanikal (bionik) daripada seorang ahli perniagaan
Cerita penuh di SINI.
Bagaimanapun semalam, satu post di page
Ainaa Amanda Shahzali telah mendapat perhatian orang ramai apabila ibu kepada anak tersebut meluahkan rasa kesal terhadap satu pihak yang tidak menunaikan janji mereka terhadap anak syurga tersebut
Wallahi tiada niat nak jatuhkan sesiapa...cuma nak curahkan sesuatu terpendam selama ini...
Amanda pernah dijanji n janji tinggal janji..... dulu depa ajak p Ipoh.... kata nak bg tangan yg pakai bateri .(note: amanda dah dpt sebelum tu tgn mekanikal tp x byk leh fungsi)....siap panggil reporter... tp...sudahnya majlis tak bg bg juga..asik.tanya lah si kecik, ni..maklumlah.nak cuba tangan baru yg lebih canggih...
Maklumnya, waktu itu wajah Amanda penuh di poster mereka untuk tujuan promosi. Namun, setelah setahun menunggu janji hanya tinggal janji
Waktu tu.muka amanda n muqri penuh poster di booth depa laa buat promosi....sampai kini dah bertahun x nampak nampak...janji tinggal janji...Yelah x de black n white..semua leh guna air liur jer...Tak apalah...hak org...kita nak wat camna..cuma ralat sebab berjanji pd budak...Kami balik dr Ipoh dgn perasaan hampa. Sesen pun kami x minta duit perjalanan walhal ada peruntukan disitu...ada sponsor dr org...kita ingatkan org tlg kita dgn ikhlas...tak perlulah nk berkira...
facebook.comBukan sahaja Amanda, malah seorang lagi kanak-kanak bernama Muqri turut menerima nasib yang sama. Apa yang dikesalkan, populariti dan keistimewaan anak-anak ini seolah-olah digunakan hanya untuk meraih nama.
Pastu..kawan Amanda pula ..Muqri...lepas sehari sehari tunggu..dah setahun...tangan yg dijanji bayang pun x nmpk..dunia ooh dunia... penderma pun terang terang dah bayar depa...siap panggil press keluar di paper lagi...hmmm... mungkin nak jadikan anak anak istimewa ini stepping stone utk dikenali.. Semoga yg menderma sumbangan berhati hatilah lepas ni. .kesianlah anak kami...populariti n keistimewaan mereka diguna org utk meraih nama..
Siapa kita utk menidakkan rezeki Allah tetapi hati hatilah rezeki yg dpt tu.... apa ada perjanjian disebaliknya?...apa ada hak org diantaranya??...
Maafkan saya yg khilaf...
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!