Gadis Ini Kongsi Kisah Pilu Tentang Abangnya Yang Dipenjara Atas Bukan Kesalahan Sendiri
Selamat pulang Angah.
Pernah atau tidak anda terfikir satu hari nanti anda akan dipenjarakan atas kesalahan yang bukan anda sendiri lakukan? Malah dipenjarakan selama 4 tahun di dalam lokap walaupun anda tidak bersalah?
Begitulah kisah yang dikongsi oleh gadis yang bernama Azzahara Husain mengenai abangnya yang dipenjarakan selama hampir 4 tahun setelah mahkamah menetapkan hukuman penjara terhadap abangnya yang mesra dipanggil 'Angah'.
SEBAK. Itulah perkataan yang dapat kami gambarkan tatkala membaca kisah ini.
Baca kisah penuh di bawah:
Sebelum dipenjarakan, mereka sekeluarga telah 7 kali naik turun mahkamah untuk memberi sokongan dan membuktikan abangnya tidak bersalah. Tetapi ternyata nasib tidak menyebelahi mereka. Mereka akhirnya kalah.
About 4 years ago,angah sy telah ditahan dan di dimasukkan ke penjara atas kesalahan yg tidak dilakukan..kami lawan,7 kali turun naik mahkamah support bagi semangat kt dia tapi kami kalah.Kami takde pilihan selain terima dy dimasukkan ke penjara..hanya kerana kami bukan lah org yg BERADA,kami tidak dpt menegakkan kebenaran ,hanya kerana kami bukan lah org BESAR, kami tidak dpt menegakkan kebenaran,hanya kerana kami org BIASA,kami tidak dpt menegakkan kbenaran.."HANYA KERANA" tapi itu lah kenyataan duniawi.."Kau jatuh,aq pijak kau lagi" that is the words..
facebook.comBaginya, beliau sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan abangnya di dalam sana dan hanya berpeluang melawat abangnya sebulan sekali, itupun sekadar bercakap melalui telefon
Bukan mudah nak pulihkan semula keadaan,nak2 lagi bile kau tahu yg abg kau hidup dlm tu dan kau pun faham keaadaan ny mcm mne dan kau cuma boleh tgk dy dlm cermin and ckp melalui telefon for the 45 minutes once in a month..kau ckp lah ape kau nak ckp ape kau nk cerita secepat yg boleh,n pass pada family kau yg lain pulak utk on the phone dgn dy..letak lah tgn kau kt cermin tu utk rasa rasa panas tgn abg kau yg ada di sebelah dalam utk menggantikan peluk cium mcm sesebelum ni..
facebook.com25 April lalu, insan yang bergelar Angah akhirnya dibebaskan. Inilah saat-saat yang ditunggu oleh mereka sekeluarga. Kepulangan yang disambut dengan air mata.
...nk cite bnyk pn, bnyk dah hilang dr memory, kepala terhentak kuat sgt accident aritu,mungkin memory cicir kt jalan..bialah dy cicir,elok lah tu..taknak igt dah sakit nye hilang angah..
25 April,angah bebas, time nampak angah tu semua dah belari pegi kt angah dgn air mata bejurai jurai..fuhhh tapi semua kalah. Abah org petama yg tunggu angah depan pagar..sy taknak cite dh,cukuplah penantian ni..mata sy dh puas masuk habuk..ni pun sy dah sedut pakai vakum..
Alhamdulillah ,terima kasih Ya Allah ☺☺☺
Benarlah kata orang, setiap insan itu ujiannya berbeza-beza. Kami doakan semoga keluarga ini kekal bahagia selamanya.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!