seismik

Dibuang Keluarga, Lelaki Ini 'Berumah' Di Bawah Jambatan Bersama 2 Anak Perempuan

Kami sendiri tidak dapat menahan air mata.

Cover image via maxman.tv/Facebook

Sayu, sedih, dan tersentuh. Itulah apa yang kami rasakan apabila menonton video ini. Dalam kita bergembira, masih banyak lagi insan hidup melarat di tengah kota.

Kerana simpati dengan kehidupan keluarga Ruslie, seorang pemuda bernama Izmir Mujab datang untuk membantu keluarga tersebut. Ruslie bersama 2 anak perempuannya merupakan gelandangan yang tinggal di bawah sebuah jambatan di ibu kota. Mari kita dengarkan kisah mereka.

Hidup melarat sebagai gelandangan selama 6 bulan dengan pendapatan RM15 sehari

Ruslie hanya berpendapatan RM15 sehari melalui hasil jualan kitar semula. Dengan jumlah pendapatan tersebut, bayangkan bagaimana dia mahu membesarkan kedua-dua anak perempuannya?

Ruslie yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori, dibuang kerja kerana dikatakan tinggal bersama anak-anaknya di dalam lori tersebut. Dia terpaksa melakukan perkara itu kerana tiada tempat tinggal untuk berteduh.

Menurutnya, perkara yang paling dia kesali pada saat ini adalah dia tidak mampu menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Berasal dari Sabah, Ruslie dibuang keluarga setelah dia bertukar agama

Ruslie sebenarnya berasal dari Sabah dan menurutnya dia telah dibuang keluarga kerana bertukar agama.

Izmir berhasrat untuk memberi bantuan kepada Ruslie. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menyewakan hotel buat keluarga ini untuk beberapa hari sebelum dia memberi bantuan yang seterusnya.

Kami dapat lihat terpancar wajah kegembiraan keluarga ini apabila diberi peluang sedemikian rupa. Mungkin bagi mereka ini adalah pengalaman berharga kerana berpeluang untuk bermalam di sebuah hotel yang nyata berbeza dengan tempat tinggal mereka.

"Abang tak boleh terima ini. Itu pun sudah banyak" - Ruslie

Kesempatan yang ada, Izmir gunakan sebaik-baiknya bagi menggembirakan keluarga ini. Mereka juga dibawa oleh Izmir membeli-belah bagi mencari barang keperluan buat diri mereka.

Di akhir video, Izmir memberi bantuan kewangan kepada Ruslie yang mana wang tersebut serba sedikit boleh menampung kos sewaan rumah keluarga ini untuk beberapa bulan.

Bagaimanapun, Ruslie sangat sebak sehinggakan tidak sanggup lagi menerima bantuan daripada Izmir kerana menurutnya telah terlampau banyak pemuda tersebut membantu keluarganya.

Kami doakan semoga satu hari nanti akan ada sinar baru buat keluarga Ruslie. Saksikan video penuh di SINI:

Surprising a homeless father

Abang Ruslie and his daughters lives under a bridge in Kuala Lumpur. We decided to do help him out and hopefully inspire others to help as well. #shareifyoucare #nomorehomless

Posted by maxman.tv on Wednesday, 2 March 2016

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tonton lebih banyak video menarik di SINI:

You may be interested in: