"Buka Mata Aku Nampak Mayat Hidup Berjalan" - Gadis Kongsi Kisah Dihantar Sihir Pemisah
Sayang macam mana sekali pun, kalau itu bukan jodoh kau. Kau akan terpisah juga. Walau dengan cara halus macam ini.
Seperti yang sudah diketahui umum, rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT
Namun begitu apa yang terjadi sekiranya yang kita sangkakan merupakan jodoh sehidup semati kita akhirnya terpisah juga ekoran kedatangan orang ketiga.
Lebih melukakan lagi apabila terdapat unsur-unsur sihir yang memisahkan kita dengan pasangan kita itu.
Seorang pengguna Twitter dengan nama @rotikaye telah berkongsikan kisah yang serupa tentang seorang gadis yang terputus tunang disebabkan sihir pemisah.
Baca perkongsian tersebut di bawah:
Kisah ini aku tulis sebagai pengajaran buat semua. Aku dah berbulan pendam segala apa yang berlaku dalam hidup aku. Kalau tak kuat iman, mungkin aku dah jadi gila akibat perbuatan manusia yang berhati busuk.
Pengalaman ngeri aku bermula lepas berapa bulan aku bertunang.
Aku mula marah-marah, jadi tak keruan, hati sentiasa rasa nak lempar barang setiap kali aku jumpa tunang aku.
Perasaan marah itu membuak-buak. Sedangkan dia tak buat salah pun. Mula-mula aku ingat itu cuma ujian dalam fasa bertunang. Namun makin hari aku jadi makin pelik dengan apa yang berlaku.
Tak lama selepas itu, muka aku seperti terkena alergi. Naik ruam-ruam besar macam jerawat batu, muka aku seperti disalai, pedih, panas dan gatal-gatal macam terkena miang buluh. Hanya Allah SWT yang tahu perasaan aku masa itu.
Aku ambil cuti 2 minggu sebab malu dengan muka aku. 2-3 doktor aku jumpa namun semua kata darah aku normal, takde racun, takde apa-apa yang membuatkan muka aku jadi macam itu. Akhirnya kawan aku, aku panggil dia A. Si A ini hubungi aku bila dapat tahu.
Dia cepat-cepat suruh aku jumpa bapak dia. Dan malam itu jugak aku datang jumpa dia. Dan terbongkarlah rahsia kenapa aku jadi macam itu.
Menurut bapak dia, aku dihantar sihir oleh seseorang sebab marahkan aku bertunang dengan tunang aku itu.
Rupanya selama ini dia mengikuti segala aktiviti aku dan tunang aku. Siapa dia?
Nanti aku bagitahu.
Selepas berubat, aku balik ke rumah. Rumah ini aku tinggal seorang-seorang sebab aku ini jenis dah biasa duk seorang-seorang sejak zaman sekolah lagi.
So bermula lah kisah aku kena kacau hampir tiap-tiap malam. Macam-macam yang aku kena antaranya barang-barang kat bilik air kena baling, malam-malam handphone kena campak, dengar orang ketuk tingkap sedangkan aku duduk kondo kot.
Celah mana pula orang nak datang panjat rumah aku itu dan yang paling tak best bila kau dengar bunyi orang menumbuk pakai lesung batu itu tengah-tengah malam buta.
Ingatkan jiran atas rumah tapi bila dengar balik rupanya dalam rumah aku sendiri.
Masa tu rasa nak lari je keluar tapi aku fikir balik, aku takut benda itu dah tunggu siap-siap nak buat surprise depan pintu pula. Nak tak nak aku bertahan je lah.
So aku pun baca ayat qursi berkali-kali. Mengigil jugak masa itu. Dekat subuh baru hilang bunyi itu.
Bayangkan lama tak lama lah aku duk berselubung dalam selimut. Ingatkan habis dah lepas itu.
Aku pun penat sangat, nasib esok itu Sabtu. So pagi itu aku kemas rumah, basuh baju then sambung tidur balik.
Entah macam mana masa itu aku dengar handphone aku bunyi. Masa itu aku tengah mamai lagi.
Antara sedar dan tidak lah.
Buka-buka mata aku nampak perempuan lalu depan aku. Berkebaya lusuh dan kaki dia.. Nuzubillah…HITAM KELABU! Nasib baik aku cuma nampak paras pinggang ke bawah je. Macam mayat hidup berjalan dah.
Cepat-cepat aku tutup mata balik dan aku alihkan badan aku ke tempat lain.
Dalam hati masa tu, ya Allah, Dia je tahu.
Sebabkan benda-benda ini semua, aku jadi trauma nak tidur kat rumah aku sebab takut. Tapi aku takde pilihan. Rumah parents aku jauh sangat dari office (dalam 40km) dan aku pun takde kawan yang duduk sama area.
Maka bertabahlah aku masa itu. Bila aku cerita dekat tunang aku, dia tak nak percaya.
Asyik cakap dengan aku, itu perasaan aku je. Ada sekali aku tak tahan asyik kena kacau, aku menangis-nangus call tunang aku tapi itu lah.
Dia asyik kata perasaan, perasaan.
Memang naik gila aku dibuatnya kena hadap benda ini seorang-seorang. Dah banyak orang aku jumpa tapi still kena ganggu jugak.
Last-last aku pindah KL balik. Kebetulan aku dapat kerja baru. Ingatkan dah habis gangguan itu rupanya ada lagi.
First month duduk rumah baru okay lagi. Takde apa-apa berlaku. Second month aku dah start kena balik. Kali ini extreme sikit. Aku terjaga dari tidur sebab rasa macam ada orang dok tenung aku.
Sekali buka mata nampak pocong.
Tahu tak dia tengah buat apa? Dia dok bersandar sambil mencangkung tepi toilet bilik aku.
Katil aku pulak betul-betul menghadap tempat dia lepak itu. Cepat-cepat aku tutup mata balik. Bila bukak mata balik, dia dah takde dah.
Masa itu hubungan aku dengan tunang aku memang makin teruk. Bayangkan dekat setahun aku kena kacau. Kitorang asyik gaduh. Bukan gaduh kecil-kecil itu. Ini gaduh besar.
And everytime aku akan cakap putus putus putus. Walaupun aku memang taknak putus dengan dia sebab aku sayang dia kot.
Bertahun-tahun aku tunggu dia, sabar dengan perangai dia, susah senang sama-sama. Dari takde apa-apa, sampai dia dah dikira sebagai berjaya lah jugak.
Mungkin sebab ini lah seseorang itu nakkan dia balik. Yes, seseorang tu ada kaitan dengan hidup tunang aku.
Aku panggil dia T. Diaorang ini penah berkahwin tapi dah bercerai berbelas tahun tetiba muncul balik sebab gilakan harta tunang aku. Macam-macam cara T guna nak dapatkan tunang aku balik.
Mula-mula dia kenakan aku tapi aku dapat tahu masa aku pergi berubat dulu, dan dia tukar strategi hantar sihir kat tunang aku pula.
Ada 2-3 ustaz bagitahu aku benda yang sama. Katanya ada seseorang hantar sesuatu pada aku dan tunang aku. Alhamdulillah aku berjaya pulihkan diri aku.
Tapi tunang aku still tak percaya lagi benda-benda ini semua. Hampir tiap-tiap hari aku berdoa pada Allah, moga Dia lindungi kami dari sihir dan moga tunang aku terbuka hati pergi berubat.
Akhirnya perkara tak diingini berlaku juga. Kami putus tunang hanya berapa bulan sebelum majlis.
Tunang aku minta putus sebab katanya dia takde hati dengan aku. Masa itu rasa nak runtuh dunia. Aku menangis berminggu-minggu dan abang aku bawa aku pergi berubat lagi sekali.
Lepas itu abang aku bawa aku pergi berubat lagi sekali dan depan family aku, ustaz bagitahu apa yang jadi. Aku dan tunang aku terkena sihir pemisah dan dia juga beritahu siapa yang buat dan siapa yang nakkan aku sengsara.
Yang paling sedih bila dia kata tunang aku hanya nampak T je.
Takde perempuan lain selain dia. Dia nasihatkan aku tingkatkan amalan, baca ayat-ayat yang dia ajar sebelum tidur. Yang penting aku kena pulih dari semua sihir dulu. Tak lama lepas itu aku dapat tahu diorang kahwin. Sedih dan kecewa hanya Allah SWT yang tahu.
Segala rasa sakit aku, kecewa aku, aku mengadu pada Dia. Biarlah Allah je yang balas segala perbuatan dia.
Aku yakin doa orang teraniaya seperti aku akan dimakbulkan dan aku bersyukur sebab kejadian ini buatkan aku makin dekat padaNya.
Satu hari nanti kifarah pasti datang pada dia. Dan aku harap dia tahu yang aku takkan maafkan dia. Dan aku harap sangat dia tahu dan sedar yang perkahwinan yang dibina atas air mata orang lain takkan kekal bahagia apatah lagi atas ilmu syaitan sikit demi sikit kebenaran akan muncul jua.
Allah SWT sentiasa bersama-sama orang yang sabar dan bersabar atas ujianNya.
Kepada T, sekarang mungkin kau bahagia dgn dia, sekarang mungkin kau rasa kau dah berjaya. Tapi ingatlah, Allah SWT tak pernah tidur.
Aku tau kau dah hasut keluarga tunang aku supaya diorang bencikan aku dan kau tuduh aku yang bomohkan tunang aku dan kau walapun hakikatnya kau yg bermain ilmu.
Sampai saat ini, aku dan tunang aku masih sama. Dia dengan T. Dan aku masih bersendiri. Kesakitan dengan buatan orang. Tapi semakin pulih. Tunang aku masih tak sedar yang dia kena buatan orang. Aku harap satu hari dia akan sedar.
Korang rasa aku dan tunang aku memang ada jodoh atau tak?
Atau satu hari kami akan kembali bersama macam dulu. Sesungguhnya jodoh itu adalah rahsia Allah SWT. Sayang macam mana sekali pun, kalau itu bukan jodoh kau. Kau akan terpisah juga. Walau dengan cara halus macam ini.
Tapi aku benda yang paling aku terkilan gila, sebab hubungan aku dan tunang aku dengan keluarga dia memang tegang.
Memang musibat betul perangai T manipulasi cerita sebenar. Tergamak dia sakitkan orang dengan syaitan lepas itu fitnah orang itu yang menghantar.
Pesanan aku untuk orang di luar sana, please jaga diri elok-elok. Don't trust people easily sebab cinta dan harta manusia ini boleh buta hati dan iman.
Tak nampak dah api neraka. Yang dia tahu apa dia nak dia dapat walhal apa yang kita mahukan tak semestinya baik untuk kita. Begitulah juga sebaliknya.
Korang doakan "Aku" tetap kuat dan tabah harungi ujian ini.
The end.
Terima kasih kerana membaca.