KLIA Hab Penerbangan Paling Terhubung Di Asia, Kekal Duduki Top 4 Dunia Bagi Edisi 2026

Dalam carta global, Lapangan Terbang Istanbul di Turkiye muncul sebagai hab penerbangan paling terhubung di dunia bagi 2026.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara hab penerbangan utama dunia apabila disenaraikan sebagai lapangan terbang paling terhubung di Asia bagi 2026

SAYS.com
Image via Paul Tan's Automotive News
SAYS.com
Image via The Star

Menurut Megahubs 2026, KLIA turut mengekalkan kedudukan keempat dalam ranking global OAG Megahubs 2026, walaupun jumlah potensi sambungan penerbangannya mencatat sedikit penurunan berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah destinasi yang boleh diterokai menerusi KLIA meningkat daripada 151 kepada 154 destinasi, manakala kapasiti penerbangan keseluruhan pula berkembang sebanyak 6.9 peratus.

Pertumbuhan kapasiti itu merupakan yang tertinggi dalam kalangan hab penerbangan utama di Asia Tenggara, kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi yang mencatat pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 11.8 peratus.

Istanbul rebut tempat pertama dunia

SAYS.com
Image via Sky Trax

Dalam carta global, Lapangan Terbang Istanbul di Turkiye muncul sebagai hab penerbangan paling terhubung di dunia bagi 2026.

Kedudukannya meningkat satu anak tangga berbanding tempat kedua yang dicatatkan pada 2025, dengan lapangan terbang berkenaan mempunyai rangkaian penerbangan ke 337 destinasi di seluruh dunia.

Dari segi kapasiti penerbangan antara Ogos 2025 hingga Ogos 2026 pula, Istanbul berada di tempat kelapan dalam senarai lapangan terbang paling sibuk dunia.

Turkish Airlines menjadi syarikat penerbangan utama di lapangan terbang itu dengan menguasai kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan kapasiti.

Sementara itu, Lapangan Terbang London Heathrow menduduki tempat kedua dalam ranking global, diikuti Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol di tempat ketiga.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: