seismik

"Klik Klik Lagi Cun!" - Janna Nick Curi Tumpuan Tampil Dengan HONOR 90 Dalam Muzik Video

Temui Janna Nick di jelajah HONOR 90 di IOI City Mall, Putrajaya pada 5 Ogos ini.

Cover image via @jannanick (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh HONOR Malaysia.

Siapa sahaja tak kenal dengan pelakon dan pengacara cantik manis, Janna Nick bukan?

Tular baru-baru ini mengenai satu posting mengenai muzik video (MV) yang dimuat naik olehnya di Instagram.

Menerusi MV tersebut, kelihatan Janna Nick memegang HONOR 90 Diamond Silver yang terbaharu sambil menari itu mencuri tumpuan ramai.

Tonton MV itu di bawah:

Dapatkan siri HONOR 90 seperti Janna Nick dalam roadshow mulai 2 Ogos hingga 6 Ogos ini

Bagi anda yang mahu mendapatkan siri HONOR 90 seperti Janna Nick, apa kata anda beli sahaja ketika roadshow yang akan diadakan di IOI City Mall, Putrajaya pada 2 Ogos sehingga 6 Ogos ini.

Sebenarnya, jika anda beli HONOR 90 ini ketika roadshow, anda berpeluang untuk membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM13,900 di mana dengan setiap pembelian siri HONOR 90, anda layak untuk sertai cabutan bertuah.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang mencuba minuman kolaborasi 'Zus x Pepsi' di mana hanya tersedia sepanjang roadshow ini. 

Malah, Janna Nick turut bakal hadir pada 5 Ogos untuk beramah mesra bersama dengan para peminat pada jam 2 petang sehingga jam 4 petang.

Image via HONOR Malaysia

Ini antara 5 sebab kenapa anda perlu pilih HONOR 90 sebagai pilihan telefon pintar baharu

1. Design cantik dan warna yang menarik

HONOR 90 hadir dengan pilihan warna yang menarik dan design cantik. Antaranya ialah warna Diamond Silver yang menampilkan corak cengkaman berlian halus namun menarik yang terukir halus di bahagian belakang. Tampak mewah dan elegan, ia diilhamkan oleh corak grid berlian yang boleh dilihat dalam barang kemas mewah.

Seterusnya ialah warna Peacock Blue yang moden, romantis dan bergaya. Warna dan corak ini diilhamkan oleh batu permata opal dan bulu burung merak. Ia warna dan tekstur beku yang sesuai untuk menyenangkan kedua-dua tangan dan mata.

Yang terakhir ialah Emerald Green iaitu warna klasik dan abadi dengan tekstur sejuk beku yang licin.

Image via HONOR Malaysia

2. Dilengkapi kamera Super Sensing 200MP dan kamera hadapan Super Clear 50MP

HONOR 90 5G membawa revolusi baharu dalam fotografi telefon pintar dengan kejelasan dan butiran yang tiada tandingan.

Kamera Super Sensing 200MP hadir dengan sensor 1/1.4 inci menghasilkan foto high dynamic range (HDR) terbaik dan terperinci, sama ada dalam suasana cahaya terang mahupun rendah.

Dengan kamera hadapan Super Clear 50MP, HONOR 90 5G mampu merakam swafoto dengan kejelasan yang mengagumkan.

3. Dilengkapi teknologi perlindungan mata dengan pengaturan cahaya tanpa risiko pertama di dunia

HONOR 90 memperkenalkan teknologi perlindungan mata dengan pengaturan cahaya tanpa risiko pertama di dunia.

Teknologi ini menyediakan pengalaman paparan bebas kerlipan kepada pengguna sekali gus mengurangkan masalah ketegangan mata dan membuatkan mata lebih selesa.

Ciri keselesaan mata pertama dalam industri ini menerima Pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free yang secara efektif dapat mengurangkan masalah ketegangan mata apabila cahaya ditetapkan pada tahap rendah.

Image via HONOR Malaysia

4. Storan besar 512GB

Bermula dari harga RM1,799, anda boleh mendapatkan 12GB+256GB / 512GB, sangat bajet mesra.

Jarang sekali telefon mid-range mempunyai 512GB. Bagi mereka yang mempunyai keperluan storan yang besar, anda pasti boleh mempertimbangkan HONOR 90.

5. Bateri besar 5,000mAh

Walaupun beratnya hanya 183g dan 7.8m ringan tetapi ia dilengkapi dengan bateri 5,000mAh sehingga 19.5 jam untuk penstriman video tempatan berterusan dengan sekali cas 66W HONOR SuperCharge, malah caj kepada 45% hanya memerlukan masa 15 minit sahaja (bermula daripada 3%).

Temui Janna Nick dan miliki siri HONOR 90 anda segera di roadshow dari 2 Ogos hingga 6 Ogos ini

Image via HONOR Malaysia

Orang ramai boleh mendapatkan siri HONOR 90 mulai 2 Ogos hingga 6 Ogos di IOI City Mall, Putrajaya dan rasai sendiri pengalaman penggunaan terhebat dengan peranti ini dari harga RM1,799.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri HONOR 90 klik di SINI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik