KLNET Akademi & PGGPM Meterai Kerjasama, Teroka TVET Sektor Emas Menerusi GEMERSIT BUMI

Inisiatif kolaboratif ini dianjurkan bersama oleh KLNET Akademi (di bawah naungan KESO Legacy Network) dan Pertubuhan Gandingan Gerak Pengguna Malaysia (PGGPM).

Cover ImageCover image via KLNET Akademi (KESO Legacy Network)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini bukan lagi pilihan kedua, sebaliknya menjadi platform penting untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan usahawan berdaya saing tinggi

Bagi memperkukuh ekosistem kemahiran negara, inisiatif Gerakan Memperkasa Skil & Industri TVET Negara (GEMERSIT BUMI) dimeterai secara rasmi menerusi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Surat Persefahaman (LoU) baru-baru ini di Hotel Tamu, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Inisiatif kolaboratif ini dianjurkan bersama oleh KLNET Akademi (di bawah naungan KESO Legacy Network) dan Pertubuhan Gandingan Gerak Pengguna Malaysia (PGGPM), dengan penglibatan pelbagai rakan strategik daripada agensi kerajaan, sektor korporat, institusi latihan, hingga persatuan industri.

SAYS.com
Image via KLNET Akademi (KESO Legacy Network)

GEMERSIT BUMI membawa misi memperkukuh modal insan berkemahiran tinggi serta membuka laluan ekonomi kepada komuniti yang lebih luas. Kumpulan sasaran meliputi:

  • Komuniti setempat, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang berpotensi dibangunkan menerusi latihan yang sesuai.
  • Para belia dan pelajar sekolah menengah yang cenderung ke arah bidang vokasional.
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mencari hala tuju kemahiran.

ㅤ

6 teras utama: Daripada latihan terus menjana pendapatan (Konsep 3P)

Kerjasama strategik ini menumpukan enam teras penting bagi merapatkan jurang antara latihan dengan keperluan industri sebenar:

  1. Pembangunan Latihan Kemahiran & TVET: Memperluas akses kepada modul latihan yang relevan dengan kehendak industri pasaran.
  2. Konsep 3P (Pelatihan, Penempatan & Pendapatan): Menyelaraskan latihan amali dengan tawaran pekerjaan tetap, penempatan industri, dan pekerjaan kendiri.
  3. Pembangunan Usahawan Kemahiran: Memberi bimbingan membuka perniagaan serta menawarkan perkhidmatan profesional.
  4. Pensijilan & Pengiktirafan Kompetensi: Meneroka pentauliahan sijil diiktiraf bersama pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  5. Keterangkuman Sosial Komuniti: Memberi ruang sama rata kepada masyarakat luar bandar dan golongan OKU.
  6. Perkongsian Sumber Strategik: Menggabungkan fasiliti bengkel, kepakaran tenaga pengajar, serta rangkaian industri.

ㅤ

Selain bidang seperti hospitaliti, kulinari, teknologi digital dan penjagaan diri, inisiatif ini turut membuka ruang meneroka sektor bernilai tinggi.

SAYS.com
Image via KLNET Akademi (KESO Legacy Network)

Pendedahan khusus dalam selok-belok industri emas

Menerusi penglibatan KESO Legacy Network, GEMERSIT BUMI membawakan kelainan dengan menghubungkan latihan kemahiran TVET terus ke dalam dunia industri emas dan perhiasan diri.

Industri emas bukan semata-mata soal jual beli, tetapi memerlukan kepakaran seni dan teknikal yang tinggi:

  • Kemahiran reka bentuk, pembuatan, penilaian kualiti, dan ketelitian pengendalian barang kemas.
  • Pendedahan etika perniagaan, keselamatan bengkel, serta prosedur operasi standard industri.
  • Penggunaan teknologi digital dalam inventori dan pemasaran produk.

ㅤ

Bagi memastikan industri ini mampan, PGGPM memainkan peranan utama menerapkan kesedaran literasi pengguna, pemahaman hak pembeli, dan jaminan ketulenan produk demi urus niaga yang telus serta berintegriti.

SAYS.com
Image via KLNET Akademi (KESO Legacy Network)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS