seismik

"Tunggu Kluster Kedai Ayam Lepas Ni" - Netizen Bengang Ramai Langgar PKP Demi Ayam RM1.99

Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri.

Cover image via Twitter @NikMFarhan

Penularan wabak Covid-19 yang pada mulanya berlaku di salah sebuah daerah di negara China telah memberi impak yang besar ke seluruh dunia, termasuk Malaysia

Image via Perak Today

Susulan daripada pandemik Covid-19 yang berlaku di negara ini, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian wabak tersebut.

PKP kini telah melalui fasa ketiga sejak ia mula dilaksanakan pada 18 Mac 2020.  Pada 10 April yang lalu, kerajaan menerusi perutusan khas yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa tempoh PKP akan diteruskan lagi untuk dua minggu yang berikutnya iaitu sehingga 28 April 2020.

Susulan daripada perintah tersebut, pergerakan setiap individu telah dikawal dan dibataskan malah semua aktiviti sosial juga perlu ditangguh serta dibatalkan buat masa ini.

Namun begitu, meskipun sudah lebih sebulan PKP ini dilaksanakan, masih ramai lagi individu yang bersikap degil dan dilihat berada di luar rumah tanpa alasan yang munasabah

Image via Twitter

Malah baru-baru ini, dapat dilihat bahawa kenderaan di atas jalan raya juga sudah mulai banyak dan sesak yang seterusnya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakyat.

Walaupun kerajaan dan pihak berkuasa giat memberikan peringatan serta amaran kepada masyarakat, namun masih ramai individu yang tidak mengambil peduli dan mengingkari arahan PKP tersebut.

Terbaru, viral di laman Twitter mengenai sikap segelintir individu yang sanggup beratur panjang dan melanggar arahan PKP demi membeli ayam mentah berharga RM1.99 seekor

Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama Nik Farhan, semalam. Menerusi satu tweet yang dimuatnaik olehnya itu, kelihatan puluhan individu sedang menunggu dan beratur panjang untuk membeli ayam yang dipercayai dijual pada kadar RM1.99 seekor.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di Besut, Terengganu yang mana ia kini merupakan antara daerah yang paling teruk dijangkiti wabak Covid-19 di negeri tersebut.

Tidak senang dengan kejadian itu, individu ini turut meluahkan rasa risaunya terhadap kemungkinan bakal wujud kluster 'kedai ayam' selepas ini

Kejadian tersebut turut menimbulkan rasa 'meluat' dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tidak senang dengan tindakan 'berani mati' segelintir individu terbabit

Faham semua orang suka benda murah. Tapi janganlah sampai sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri dan orang lain.

Dalam pada itu, ingat untuk patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak artikel DI SINI:

You may be interested in: