seismik

[VIDEO] Lebih 62K Shares, Gelagat Kanak-Kanak Ini 'Dimarahi' Polis Buat Netizen Geli Hati

Lain kali duduk rumah ok dik...

Cover image via Dzul SP/ Facebook

Negara kita pada ketika ini hampir memasuki fasa ketiga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan daripada penularan wabak Covid-19

Image via Sinar Harian

Sebelum ini, PKP yang pada awalnya patut berakhir pada 30 Mac lalu telah dilanjutkan hingga 14 April ini bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Namun pada Jumaat 10 April yang lalu, kerajaan menerusi perutusan khas yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa tempoh PKP akan diteruskan lagi untuk dua minggu yang berikutnya iaitu sehingga 28 April 2020.

Susulan daripada perintah tersebut, pergerakan setiap individu telah dikawal dan dibataskan malah semua aktiviti sosial juga perlu ditangguh serta dibatalkan buat masa ini.


Namun begitu, meskipun sudah hampir sebulan PKP ini dilaksanakan, masih lagi ramai individu yang dilihat berada di luar rumah tanpa alasan yang munasabah

Image via Astro Awani

Walaupun kawalan ketat giat dilakukan oleh anggota pihak berkuasa seperti polis dan tentera, namun sesetengah individu seolah-olah mengambil ringan tentang perkara tersebut dan tidak mempedulikan arahan yang dikeluarkan.

Malah apa yang lebih mendukacitakan, ada juga individu yang sanggup bertindak di luar batasan terhadap anggota pihak berkuasa gara-gara tidak berpuas hati dengan arahan PKP tersebut.

Walaupun begitu, hingga ke hari ini dapat dilihat bahawa setiap anggota pihak berkuasa tidak pernah berputus asa malah masih bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab mereka menasihati rakyat tanpa mengira bangsa dan umur supaya kekal berada di dalam rumah.

Seperti sebuah video yang viral di laman Facebook baru-baru ini, beberapa anggota polis dilihat cuba menasihati sekumpulan kanak-kanak yang berkeliaran di luar rumah ketika tempoh PKP

Posted by Dzul SP on Sunday, April 12, 2020

Menerusi sebuah video yang dikongsikan pengguna Facebook bernama Dzul SP ini, anggota polis tersebut kedengaran seolah-olah 'memarahi' beberapa orang kanak-kanak yang dilihat berada di luar kawasan rumah.

Ketika dimarahi, kanak-kanak tersebut kelihatan takut malah turut 'merayu' agar mereka tidak ditahan oleh pihak polis kerana melanggar arahan PKP.

Meskipun baru beberapa jam ia di dikongsikan di laman Facebook, video tersebut telah mendapat lebih daripada 62 ribu shares dan lebih setengah juta tontonan.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut berasa geli hati dengan reaksi kanak-kanak terbabit

Namun begitu, segelintir netizen juga turut memuji pendekatan yang digunakan oleh anggota polis tersebut dalam menasihati kanak-kanak terbabit

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] National Security Council’s Press Conference | April 8, 2020

[LIVE] National Security Council’s Press Conference | April 8, 2020

Posted by SAYS on Tuesday, April 7, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: