seismik

[VIDEO] Lebih 1 Juta Tontonan, Teguran Penuh Sopan Polis Wanita Ini Curi Perhatian Netizen

Lembut je dengar.

Cover image via Polis Kedah / Facebook

Penularan wabak Covid-19 di Malaysia ketika ini telah memaksa kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak beberapa minggu lalu

Image via malaysiaaktif

Sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan, anggota polis dan askar telah dikerah untuk melakukan kawalan yang ketat bagi memastikan setiap rakyat mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Setiap hari, banyak sekatan jalan raya juga giat dilakukan oleh pihak berkuasa polis bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengawal pergerakan penduduk setempat.

Malah dalam usaha untuk menangani wabak Covid-19 ketika ini, pihak berkuasa polis turut bertungkus-lumus melakukan rondaan yang lebih kerap di sekitar kawasan perumahan dan jalan raya supaya tiada individu yang melanggar arahan PKP.

Di Facebook, telah viral sebuah video yang memaparkan aksi seorang anggota polis wanita menegur penduduk ketika sedang melakukan rondaan

ALAHAI. Lembutnya pegawai polis wanita ni tegur netizen. Tiba-tiba admin rasa nk jadi polis pula. Sumber video : whatsapp https://youtu.be/iBjSTaUa7yY

Posted by Polis Kedah on Friday, April 3, 2020

Menerusi video yang dikongsikan di laman Facebook Polis Kedah ini, anggota tersebut dilihat menegur penduduk di sekitar kawasan itu dengan cara yang sangat berhemah dan sopan.

Malah, sempat memberikan salam dan ucapan selamat pagi kepada penduduk yang berada di situ, anggota itu kemudiannya turut menasihatkan mereka agar menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain ketika melakukan sesi pembelian nasi lemak.

Sejak ia dikongsikan, video tersebut telah mendapat lebih 1 juta tontonan dengan hampir 4 ribu shares di Facebook.

Aksi anggota polis wanita tersebut semestinya telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya senang dengan cara yang digunakan oleh beliau dalam membuat teguran

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 3, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Friday, April 3, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: