Golongan T20 Di Mont Kiara Terima Kecaman Di Twitter Gara-Gara ‘Degil’ & Ingkar Arahan PKP
Apalah susah sangat nak ikut arahan.
Cover image via Twitter @abbakadabbraKerajaan Malaysia telah menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dari 18 Mac lalu sehingglah 14 April ini
Image via sinar harian
Penguatkuasaan perintah itu terpaksa dilakukan susulan daripada penularan wabak Covid-19 yang semakin kritikal.
Apa yang lebih membimbangkan, pada ketika kini bilangan mangsa yang dikesan positif wabak itu juga sudah melebihi angka 2,000 kes.
Namun begitu, sejak perintah kawalan tersebut dilaksanakan, masih ada sebilangan individu yang bersikap 'kebal' dan 'degil' untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Ia dapat dibuktikan menerusi perlakuan segelintir individu di Mont Kiara yang masih membuat aktiviti riadah mereka di luar rumah tanpa mempedulikan arahan PKP.
Sikap serta perlakuan segelintir individu di kawasan itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen
Image via Twitter
Di Twitter, #MontKiara telah trending dan menjadi bualan kebanyakan warga Twitter.
Mana tidaknya, sehingga ke hari ini masih ada individu yang sesuka hati keluar rumah untuk berjogging dan berjalan-jalan semasa tempoh PKP dilaksanakan di seluruh negara.
Perbuatan penduduk di kawasan sekitar itu telah berjaya dirakam dan ia secara tidak langsung menimbulkan rasa geram dan marah dalam kalangan netizen ketika ini.
Di bawah ini kami sertakan beberapa 'luahan' yang dibuat oleh netizen berhubung perkara itu.
