seismik

Tiada Bazar Ramadan Di Negeri Sembilan Tahun Ini, Adakah Negeri Lain Akan Turut Serta?

Semuanya demi rakyat.

Cover image via Ismaweb

Menjelang bulan Ramadan, perkara yang pasti dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam adalah bazar Ramadan

Image via the sun daily

Saban tahun, bulan mulia ini pastinya akan dimeriahkan dengan ratusan tapak bazar Ramadan yang dibuka di banyak tempat seluruh Malaysia.

Apa yang lebih menyeronokkan, jika dilihat bazar Ramadan bukan sahaja dikunjungi oleh mereka yang beragama Islam, bahkan individu dari agama lain juga tidak ketinggalan untuk mengunjunginya.

Namun tahun ini suasana pada bulan Ramadan di negara kita mungkin akan sedikit berbeza susulan daripada penularan wabak Covid-19 yang semakin meruncing.

Bahkan, sudah ada negeri pertama yang mengumumkan untuk membatalkan bazar Ramadan bagi tahun ini, iaitu Negeri Sembilan.

Perkara itu telah diumumkan sendiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun

Memetik laporan Harian Metro, Aminudin berkata ketetapan itu terpaksa dibuat bagi menjamin kesihatan rakyat susulan penularan wabak Covid-19.

“Kita putuskan tidak ada bazar Ramadan tahun ini kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April ini sudah hampir dengan Ramadan.

“Mungkin kita boleh jangka menjelang hari akhir PKP nanti, kes Covid-19 di negara kita sudah menurun, tetapi kita tidak boleh ambil mudah dengan buka ruang seperti di bazar Ramadan yang akan membolehkan rakyat kembali mudah terdedah kepada wabak itu semula.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil perhatian mengenai keputusan ini,” katanya.

Perkembangan terbaru yang dibuat oleh Aminudin itu sedikit sebanyak telah menghibakan perasaan netizen ketika ini

Namun begitu, tidak mustahil negeri-negeri lain juga akan turut melakukan perkara yang sama susulan penyebaran wabak Covid-19 ketika ini

Apa yang pasti, netizen pada ketika ini pastinya sedang 'gelisah' dan berteka-teki sama ada bazar Ramadan di negeri lain juga akan membuat langkah yang sama seperti Negeri Sembilan.

Meskipun masih belum ada sebarang kenyataan atau keputusan rasmi dibuat oleh kerajaan negeri yang lain, netizen mengandaikan bahawa bazar Ramadan akan turut ditangguhkan di kebanyakan tempat.

Walaupun berita itu pastinya akan mengecewakan kebanyakan rakyat, namun mereka dilihat memahami situasi semasa yang berlaku di negara kita ketika ini.

Walau apa pun keputusannya nanti, diharapkan rakyat dapat bertenang dan percaya bahawa ini semua adalah yang terbaik untuk menangani wabak Covid-19 di Malaysia ketika ini.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: