“Memang Menangis Saya…” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sebagai Pesakit Covid-19
Cekalnya hati anda!
Cover image via Twitter @ZulafandiHarisPenularan wabak Covid-19 telah bermula dari Wuhan, China sejak penghujung Disember tahun lalu dan kini ia sudah merebak ke seluruh dunia termasuklah Malaysia
Image via The Star
Setakat hari ini, Malaysia telah merekodkan sebanyak 21 kematian akibat wabak Covid-19 dan 1,796 kes telah disahkan positif.
Penularan wabak tersebut telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia ketika ini kerana ia sangat mudah dijangkiti oleh sesiapa sahaja.
Namun begitu, buat mereka yang telah dan sedang dijangkiti wabak Covid-19, kecekalan bersama minda dan pemikiran yang positif harus diterapkan bagi melawan virus ini.
Seperti perkongsian yang dibuat seorang lelaki ini, dia menceritakan semula pengalamannya melawan wabak Covid-19 selepas disahkan positif
Kisah itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @zulafandiharis.
Apa yang mengagumkan, menerusi catatan yang dibuat lelaki ini, dia telah berjaya melaluinya dengan begitu baik dan cekal sekali sehingga pada akhirnya beliau telah sembuh dan disahkan negatif wabak tersebut.
Pengalaman serta coretan yang dibuat lelaki ini telah mendapat sambutan di Twitter di mana ia berjaya meraih lebih dari 24 ribu RTs dan 18 ribu tanda suka.
Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:
