seismik

Buat Pertama Kali, PM Baca Doa Minta Jauh Dari Kemudaratan & Diaminkan Jutaan Rakyat

Lindungilah negara kami Ya Allah.

Cover image via rtm / harian metro

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perutusannnya sebentar tadi memaklumkan bahawa kerajaan akan melanjutkan Perintah Kawlaan Pergerakan sehingga 14 April ini

Dalam perutusan khas yang disampaikan olehnya itu, Muhyiddin berkata selepas mendapat taklimat daripada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan, trend semasa menunjukkan kes-kes positif Covid-19 yang baru masih berlaku dan dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baru mula menurun.

Katanya, perkara tersebut menuntut kerajaan untuk meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan bagi satu tempoh masa yang lebih lama. Justeru, pelanjutan tempoh itu dimaklumkan lebih awal supaya rakyat lebih bersedia.

"Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.

"Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya," katanya.

Namun apa yang lebih menyentuh hati, ketika diakhir perutusannya itu Muhyiddin dilihat berdoa secara live bagi memohon agar wabak ini dapat segera berakhir

Menurutnya, sebagai manusia kita tela berikhtiar sedaya upaya untuk menangani krisis yang sedang dihadapi ini. Namun pesannya, penentu kejayaan kita ialah Tuhan Yang Maha Kuasa.

"Justeru, saya ingin mengajak saudara-saudari sekalian manadah tangan memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. agar diri kita, keluarga kita, negara kita dan seluruh umat manusia dilindungi oleh-Nya.

"Kepada penganut agama bukan Islam, saudara-saudari bertafakkur dan berdoalah mengikut ajaran agama masing-masing," ucapnya.

Dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, Muhyiddin kemudiannya memanjatkan doa yang berbunyi seperti ini:

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau ampunilah dosa-doa kami. Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami.

Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah. Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa. Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini.

Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami. Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepada Mu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Syaafi, Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak Coronavirus walau di mana sahaja mereka berada. Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan.

Ya Allah Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya Allah. Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah Lindungilah kami. Selamatkanlah kami. Sejahterakanlah hidup kami.

Semoga Allah memakbulkan doa kami seluruh rakyat Malaysia. Amin.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: