seismik

"Berhenti Diskriminasi Ahli Tabligh" - 95% Jemaah Sudah Tampil Untuk Buat Ujian Saringan

Alhamdulillah. 5% sahaja lagi untuk dijejaki.

Cover image via Berita Harian

Setakat hari ini, 25 Mac 2020, jumlah ahli jemaah tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling yang sudah tampil membuat ujian saringan kesihatan Covid-19 telah mencapai 95 peratus

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kata Ustaz

Kenyataan tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau turut menjelaskan bahawa, pihak polis menubuhkan pasukan petugas melibatkan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di semua peringkat daerah dan kontinjen polis negera dalam usaha mengesan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan tersebut bermula 28 Februari hingga 1 Mac yang lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Image via Astro Awani

Namun begitu, baki lima peratus lagi masih sedang dijejaki untuk memastikan setiap daripada mereka akan tampil untuk melakukan ujian saringan kesihatan Covid-19 ini.

Pihak polis sentiasa berinteraksi dengan pucuk pimpinan ahli tabligh untuk mendapatkan kerjasama dalam mengesan mereka yang belum tampil

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Beliau berkata, "Saya meminta orang ramai agar tidak mendiskriminasikan ahli tabligh ini kerana mereka tidak bersalah dalam hal ini (isu COVID-19) yang boleh memberikan kesan negatif kepada ahli berkenaan.

“Jadi saya mohon orang ramai untuk menghentikan kecaman, mencaci dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada ahli tabligh.

“Sebenarnya mereka memberikan kerjasama yang amat baik kepada pihak polis dan kami dapat butiran terbaharu yang mereka perolehi daripada hasil usaha mereka sendiri (mengesan sesama ahli tabligh),” katanya.

Sumber: Astro Awani.

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

#StayCalm #StayAtHome:

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: