seismik

Dr. Zulkifli Minta Portal Inggeris Buat Permohonan Maaf Atas Salah Lapor & Fitnah Dirinya

Tidak mahu mengaku kesalahan mereka, portal Inggeris terbabit kemudiannya mengeluarkan kenyataan baru menyatakan Dr. Zulkifli sebelum ini yang telah 'tersalah cakap'.

Cover image via Twitter @drzul_albakri & MalaysiaKini

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melancarkan Tabung Musa’adah Covid-19 sebagai inisiatif membantu meringankan beban kelompok terjejas akibat wabak itu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sumbangan ke tabung itu boleh dibuat melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (16027010001528) atas nama Tabung Bencana Alam dengan rujukan Covid-19.

Image via Indahnya Islam

Tambah beliau lagi, sumbangan itu bertujuan membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19 ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac depan.

Image via Jakim

Meskipun begitu, sebuah portal berbahasa Inggeris yang membuat laporan berkenaan tabung tersebut didakwa telah membuat salah lapor sehingga mencetuskan kemarahan ramai pihak

Menerusi 'headline' yang digunakan portal terbabit, mereka menyatakan seolah-olah Tabung Musa’adah Covid-19 yang dilancarkan itu membantu golongan yang beragama Islam sahaja.

Image via Twitter

Tajuk yang digunakan portal tersebut ternyata telah menimbulkan kemarahan dalam ramai pihak di samping mencetus ketegangan kaum serta agama dalam negara ini.

Ramai yang merasakan ianya tidak adil lebih-lebih lagi kerana negara ini terdiri daripada rakyat pelbagai bangsa dan agama, dan masing-masing memerlukan pertolongan terutamanya pada ketika musim wabak Covid-19 sedang bermaharajalela.

Image via NST

Tambahan pula, pembantu editor berita dan kolumnis portal berkenaan tidak melepaskan peluang 'memanaskan' lagi keadaan dengan turut sama memuat naik posting mengiyakan salah lapor itu dalam laman Twitternya.

Image via Twitter
Image via Twitter

Menyedari perkara tersebut, Dr. Zulkifli telah tampil menjelaskan perkara sebenar melalui rangkaian tweet dalam Twitter rasminya.

Dalam kenyataannya, beliau berkata tidak pernah menyatakan bahawa tabung yang dilancarkan jabatan beliau adalah khusus untuk membantu mereka yang beragama Islam. Bahkan tabung itu untuk golongan yang memerlukan tidak kira bangsa mahupun agama.

Image via imgur.com

Selain itu, beliau menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang membuat kenyataan bertentangan dengan pendiriannya lebih-lebih lagi isu yang membabitkan hubungan antara agama dan kaum. 

Akhir sekali beliau menggesa portal berbahasa Inggeris terbabit untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas salah lapor itu yang telah menjejaskan nama baik beliau serta jabatan yang dinaunginya.

Tidak mahu mengaku kesalahan mereka, portal Inggeris terbabit kemudiannya mengeluarkan kenyataan baru menyatakan Dr. Zulkifli sebelum ini yang telah 'tersalah cakap'

Menerusi kenyataan baru itu, mereka menyatakan Dr. Zulkifli hanya membuat rangkaian tweet menjelaskan perkara sebenar gara-gara mendapat kecaman ramai dan kini hanya membetulkan ayat beliau.

Image via Twitter
Image via Twitter

Bukan itu sahaja, umpama menegakkan benang yang basah, pembantu editor berita dan kolumnis portal berkenaan masih cuba mempertahankan dirinya yang ternyata sememangnya salah. 

Perkara ini bagaimanapun dibidas Dr. Zulkifli sejurus selepas kolumnis berkenaan menyatakan pandangannya yang salah itu.

Di samping itu, Dr. Zulkifli turut meletakkan sekali bukti iaitu rakaman video wawancara beliau menjelaskan perihal Tabung Musa’adah Covid-19 yang dilancarkan Jakim.

Sidang media Tabung Musa’adah COVID-19 | 24 Mac 2020

[LANGSUNG] - Sidang media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai Pelancaran Tabung Musa’adah COVID-19 pada 24 Mac 2020

Posted by Bernama TV on Monday, 23 March 2020

Sebagai konklusi, bila sudah salah itu, mengaku sajalah memang salah. Tidak perlu rasa diri itu hebat sangat.

Dan sehingga kini, permohonan maaf masih belum dibuat...

Apa-apa pun, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: