seismik

"Kepada Tuan Tanah..." - Najib Harap Pemilik Boleh Bantu, Beri Diskaun 90% Kepada Penyewa

Semoga mereka dapat pertimbangkan cadangan ini.

Cover image via bloomberg

Bank Negara Malaysia (BNM) semalam telah membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk gadai janji dan sewa beli bagi tempoh enam bulan

Image via The Star

Perkara tersebut merupakan langkah tambahan yang dibuat BNM bagi mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah susulan penularan wabak Covid-19.

Untuk makluman, moratarium automatik tersebut akan berkuat kuasa mulai 1 April ini.

“Institusi perbankan perlu menyediakan individu dan peminjam PKS dengan maklumat yang mencukupi mengenai bagaimana pembayaran pinjaman dan pembiayaan yang ditangguhkan akan dilaksanakan dalam tempoh itu," kata BNM.

Susulan daripada langkah yang dibuat BNM itu, sebentar tadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut berharap agar beberapa pihak lain dapat membuat pertimbangan dan melakukan perkara yang sama bagi meringankan beban yang sedang dialami rakyat ketika ini.

Pandangan Najib itu telah disuarakan sendiri olehnya di laman Facebook

Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, Najib berkata beliau memahami bahawa tidak ada sebarang undang-undang yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk menghalang pemilik hartanah menuntut sewa bulanan dari penyewa masing-masing.

"Kepada tuan-tuan tanah, tuan rumah, tuan kedai, tuan ofis, tuan shopping kompleks, tuan pemilik teksi dan lain-lain pihak yang mengutip sewa:

"Saya faham bahawa tiada undang-undang yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk menghalang tuan-tuan dari menuntut sewa bulanan dari penyewa masing-masing.

"Namun, bank-bank sudahpun membenarkan bayaran ansuran ditangguh selama 6 bulan," katanya.

Justeru katanya, dengan ketetapan yang telah dibuat oleh pihak BNM semalam, beliau berharap agar kesemua pemilik dan pengutip sewa dapat membuat pertimbangan dengan memberi diskaun sewa bulanan sehingga 90% kepada para penyewa

Image via pinterest

"Sebab itu, saya harap tuan-tuan yang baik hati boleh bertimbang untuk memberi diskaun sewa sehingga 90% (kerana saya faham bank masih mengenakan faedah dalam tempoh tangguhan ini) mengikut kemampuan tuan-tuan ataupun mengecualikan sewa kepada penyewa pada tempoh krisis Covid ini.

"Tiada kebaikan kepada tuan-tuan juga jika pelanggan tuan-tuan terlingkup pada masa yang amat susah ini. Jika tuan-tuan tendang keluar penyewa kerana tak bayar sewa pun, tiada pelanggan baru yang akan ganti sewa pada masa susah ini. Kita saling bantu-membantu pada masa susah. Kita jaga kita," katanya lagi.

Ada betulnya pandangan yang dilontarkan Datuk Seri Najib ini. Diharapkan ada yang sudi mengikut cadangan beliau tersebut bagi meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.

Dalam pada itu ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: