seismik

Lebih Risaukan Isteri Ketika Sedang Nazak, Pesanan Akhir Korban Covid-19 Ini Undang Sebak

Sedihnya baca.

Cover image via Anadolu agency

Setakat jam 12 tengah hari 26 Mac 2020, Malaysia sudah mencatatkan 21 kematian akibat wabak Covid-19

Jika dilihat di ruangan media sosial seperti Facebook dan Twitter, pelbagai kisah dan pengalaman telah diceritakan oleh mangsa dan juga mereka yang menjadi frontliners dalam menangani wabak Covid-19 ketika ini.

Kesedihan dan kesayuan pastinya sedang menyelubungi setiap individu terutamanya mangsa, ahli keluarga dan juga para pegawai perubatan yang bertungkus-lumus merawat pesakit-pesakit yang dijangkiti oleh wabak ini.

Seperti perkongsian yang dibuat oleh doktor ini, dia menceritakan semula kisah sayu seorang individu yang telah menjadi mangsa korban akibat wabak Covid-19

Kisah tersebut telah dikongsikan oleh seorang doktor bernama Hana Hadzrami di laman Facebook miliknya, semalam.

Ketika artikel ini ditulis, kisah yang meruntun hati itu telah mendapat lebih daripada 8 ribu shares di Facebook. Ikuti perkongsian sepenuhnya di bawah ini:

Mangsa berulangkali meninggalkan pesan kepada anaknya untuk tidak lupa membawa ibu yang juga isterinya pergi melakukan pemeriksaan di hospital

Image via Berita Harian

Waktu kami dapat tahu ada seorang lagi yang meninggal di Covid ICU kami malam tadi, kecoh di Whatsapp group doktor kami nak tahu pesakit mana satu.

“Which patient?”
“Is that the one Ki***/ Nah**** intubated?”
“Please don’t tell me it’s him!”

Bertalu-talu semua nak tahu pesakit mana satu. Sebabnya baru semalam rakan saya bercerita saat pesakit tersebut nak diintubasi dan kemudiannya ditolak masuk ke ICU. Dia meminta untuk call anaknya. Kami benarkan panggilan dibuat.

Perkara pertama dia cakap pada anaknya ialah; jangan lupa bawa ibumu pergi follow up, jangan lupa bawa ibumu pergi follow up. Berulang kali dia pesan. Barangkali isteri dia pesakit kronik yang selalu berulang-alik ke hospital. Kemudian barulah dia sampaikan pesan lain seperti akaun bank, nombor pin dan sebagainya.

Menurut doktor ini, selepas sahaja mangsa menyampaikan amanat kepada anaknya, barulah dia membenarkan para doktor dan jururawat untuk menidurkan dirinya dengan disambungkan ke mesin bantuan pernafasan

Image via fmt

Penutup bicara dia pesan lagi; jangan lupa bawa isterinya pergi follow up. Penuh lelah dia berpesan; antara nak tarik nafas demi hidup, rasa sedih tak dapat bersama orang tersayang dan sugul membayangkan maut yang bakal menjengah.

Selepas telefon barulah dia benarkan kami tidurkan dia untuk disambungkan ke mesin bantuan pernafasan. Memang dia suami yang sangat kasihkan isteri.

Kami yang dengar cerita kawan kami tu, bergenang-genang airmata. Sebab itu kami nak tahu sangat pesakit mana satu. Rupanya benarlah dia yang pergi. Sedihnya kami. Namun sedih lagi keluarga yang ditinggalkan. Orang pengasih ini memang Tuhan panggil awal kan?

Semoga roh kesemua mangsa yang terkorban akibat wabak Covid-19 dicucuri rahmatNya.

Dalam pada itu ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

You may be interested in: