Kolaborasi Terbaharu KitKat & Formula 1 Bawakan Sesuatu Istimewa Untuk Anda
Kerjasama ini membawakan debaran Formula 1 kepada rakyat Malaysia menerusi promosi eksklusif, cabaran interaktif dan ribuan hadiah menarik.
Cover image via Nestle MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bersempena ulang tahun ke-90 KitKat dan ulang tahun ke-75 Formula 1, kerjasama ini menyatukan peminat kedua-dua jenama melalui pelbagai aktiviti dan pengalaman interaktif di Grand Prix yang terpilih sepanjang 2026
Kini, Nestlé Malaysia berbangga membawa keterujaan acara ini kepada para peminat tempatan. Di Malaysia, kempen KitKat Formula 1 (F1) menampilkan siri jelajah imersif serta rangkaian coklat KitKat F1 edisi terhad.
Inisiatif berskala nasional ini bertujuan membawa debaran sukan permotoran elit kepada rakyat Malaysia.
"Formula 1 telah berkembang menjadi salah satu fenomena budaya paling berpengaruh pada era ini, yang menarik minat generasi baharu peminat di Malaysia dan rantau ini.
"Kerjasama ini dibawa ke Malaysia sebagai lanjutan kepada misi KitKat untuk mengingatkan orang ramai agar berhenti sejenak, menyegarkan diri dan menikmati setiap detik.
"Kami mahu setiap rakyat Malaysia, tidak kira peminat setia Formula 1 mahupun yang baru mengenali sukan ini, dapat merasai keterujaannya sambil menemukan momen rehat yang benar-benar bermakna," kata Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols.
KitKat membawa pengalaman Formula 1 lebih dekat kepada peminat menerusi siri jelajah di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang
Lebih menarik, setiap pembelian KitKat kini berpeluang membawa anda ke litar perlumbaan. Hanya beli produk KitKat yang mengambil bahagian dengan pembelian minimum RM10.
Kemudian, muat naik resit menerusi laman mikro peraduan atau WhatsApp untuk berpeluang memenangi lebih 1,000 hadiah sepanjang tempoh 12 minggu, termasuk barangan KitKat F1 edisi kolaborasi yang ditawarkan menerusi siri jelajah seluruh negara.
Seorang pemenang Hadiah Utama bakal menikmati pengalaman lengkap Formula 1 Singapore Airlines Singapore Grand Prix 2026 untuk dua orang, termasuk peluang menyaksikan aksi di Litar Jalan Raya Marina Bay serta penginapan hotel 5 bintang di tengah-tengah Singapura.
Lima pemenang Hadiah Pertama pula masing-masing akan memenangi sepasang tiket Pit Grandstand 3 Hari untuk menikmati perlumbaan di hujung minggu.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan, produk yang mengambil bahagian serta terma dan syarat penuh, klik di SINI.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


