seismik

3-Layer Lasagna & 7 Lagi Resipi Pasta Untuk Anda Yang Minat Masakan Western

Hidangkan pasta berkualiti restoran di rumah!

Cover image via MyResipi

Jika makanan Western selalu menjadi pilihan pertama anda bila makan di restoran, koleksi resipi minggu ini khas untuk anda yang ingin hidangkan pasta berkualiti restoran di rumah

Image via Tasty

Daripada Fettuccine Alfredo ke Aglio Olio, resipi-resipi ini pasti akan memenuhi cravings pasta anda:

1. Penne with Cream Cheese and Salmon

Image via MyResipi

Resipi yang diinspirasikan oleh Jamie Oliver ini dimasak bersama keju krim dan ikan salmon dan akan membuatkan anda terasa seperti berada di restoran! Resipi ini pasti digemari seisi keluarga.

Dapatkan resipi Penne with Cream Cheese and Salmon di sini.

2. Spaghetti Bolognese

Image via MyResipi

Resipi pasta klasik ini antara hidangan yang boleh dicuba apabila anda ingin hidangkan sesuatu yang sedikit special tetapi juga mudah dimasak. Anak-anak pasti suka Spaghetti Bolognese cukup rasa ini!

Dapatkan resipi Spaghetti Bolognese di sini.

3. 3-Layer Lasagna

Image via MyResipi

Sukakan pasta yang dibakar? Resipi lasagna ini menggunakan gabungan sos putih dan sos tomato untuk mendapatkan hidangan yang flavourful!

Dapatkan resipi 3-Layer Lasagna di sini.

4. Fettuccine Alfredo

Image via MyResipi

Resipi Fettuccine Alfredo ini khas untuk anda yang menggemari pasta jenis berkrim. Jika mahu, tambahkan juga kepingan beef bacon garing untuk menyedapkan lagi hidangan ini. 

Dapatkan resipi Fettuccine Alfredo di sini.

5. Pasta Brokoli

Image via MyResipi

Walaupun nampak simple, Pasta Brokoli ini penuh berperisa hasil daripada hirisan daging ayam yang dimasak bersama, ditambah pula dengan parutan keju Cheddar.

Dapatkan resipi Pasta Brokoli di sini.

6. Pasta Goreng Orang Bujang

Image via MyResipi

Untuk yang minat pasta tapi kesuntukan masa, bolehlah cuba pasta versi goreng ini! Dengan menggunakan pes perencah nasi goreng, pasta ini cepat dimasak dan boleh juga dihidangkan kepada tetamu yang bertandang ke rumah.

Dapatkan resipi Pasta Goreng Orang Bujang di sini

7. Aglio Olio

Image via MyResipi

Hidangan ini menjadi antara kegemaran ramai apabila makan di restoran kerana rasanya yang unik. Tetapi sebenarnya, pasta ini antara yang paling mudah untuk dimasak - bahan-bahan utamanya hanyalah bawang putih, cili padi dan minyak zaitun! 

Dapatkan resipi Aglio Olio di sini.

8. Macaroni Goreng Sardin

Image via MyResipi

Inginkan extra flavours dalam pasta goreng anda? Cubalah resipi macaroni goreng yang ditambah dengan sardin ini!

Dapatkan resipi Macaroni Goreng Sardin di sini.

Koleksi resipi apa pula yang ingin anda dapatkan?
Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Dapatkan banyak lagi resipi menarik di sini: