seismik

Tiramisu, Red Velvet & 8 Lagi Resipi Kek Confirm Jadi Khas Untuk 'Beginners'

Selamat mencuba!

Cover image via MyResipi

1. Kek Span Gebu Gebas

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 200 g gula pasir
  • 220 ml air panas

Bahan B:

  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 100 g mentega
  • ½ cawan susu pekat
  • 150 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu makan soda bikarbonat (diayak)

Cara-cara:

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
  2. Masakkan gula pasir di dalam kuali sehingga cair. Masukkan air panas dan masak sehingga larut. Tapis dan ketepikan.
  3. Pukul telur dan esen vanila sehingga kembang dan gebu.
  4. Pukul mentega dan susu pekat di dalam mangkuk lain sehingga naik dan kembang.
  5. Campurkan adunan telur ke dalam adunan susu pekat dan mentega.
  6. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat berselang-seli dengan gula hangus. Kacau rata.
  7. Masukkan ke dalam loyang.
  8. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 50-60 minit.
  9. Sejukkan dan potong. Sedia dihidangkan.

Sumber resipi: MyResipi

2. Kek Red Velvet Love

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 250 g susu segar
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 3 sudu teh cuka
  • 150 g mentega
  • 160 g gula perang
  • 2 biji telur (gred A)
  • 3 sudu makan pewarna merah


Bahan B (Diayak):

  • 300 g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh soda bikarbonat
  • 30 g serbuk koko

Bahan C (Krim Keju):

  • 250 g krim keju
  • 100 g mentega
  • 120 g gula aising (diayak)
  • 1 sudu makan jus oren Sunquick

Cara-cara (kek):

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
  2. Gaul susu segar, jus lemon, dan cuka. Biarkan 10 minit.
  3. Pukul mentega dan gula perang sehingga gebu.
  4. Masukkan telur satu per satu dan pewarna merah.
  5. Masukkan semua bahan B dan susu segar yang dicampurkan dengan jus lemon. Kacau rata.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 1 jam.
  8. Sejukkan. Hiaskan dengan krim keju.


Cara-cara (krim keju):

  1. Masukkan semua bahan C di dalam mangkuk dan pukul sehingga gebu.
  2. Hiaskan di atas kek yang sudah disejukkan.
  3. Sedia dihidangkan.


Sumber resipi: MyResipi

3. Kek Marble Coklat

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

  • 250 g mentega
  • 40 g marjerin
  • 210 g gula kastor
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 230 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh baking powder (diayak)
  • 80 ml susu segar
  • 30 g serbuk koko


Cara-cara:

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
  2. Pukul mentega, marjerin, dan gula kastor sehingga gebu dan ringan.
  3. Masukkan telur satu per satu dan esen vanila. Kacau rata.
  4. Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu segar. Kacau sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  6. Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
  7. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 10 minit.
  8. Sendukkan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
  9. Bakar adunan selama 50-60 minit dengan suhu 170°C.


Sumber resipi: MyResipi

4. Kek Pisang Gebu

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 3 biji pisang
  • 180 g mentega
  • 160 g gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen pisang
  • ½ cawan susu segar
  • 1 biji pisang (bahan hiasan)


Bahan B (Diayak):

  • 250 g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat


Cara-cara:

  1. Lenyek pisang sehingga hancur. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula perang sehingga gebu dan ringan.
  3. Masukkan telur satu per satu dan esen pisang. Kacau supaya sebati.
  4. Masukkan susu segar dan kacau lagi.
  5. Masukkan pula pisang berselang-seli dengan semua bahan B. Kacau rata lagi.
  6. Masukkan ke dalam loyang yang sudah dilapikkan kertas. Hiris bulat 1 biji pisang. Hiaskan adunan dengan hirisan pisang.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api bawah sahaja selama 1 jam.
  8. Sejukkan dan sedia dihidangkan.


Sumber resipi: MyResipi

5. Kek Pandan

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

  • 200 g mentega
  • 180 g gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen pandan
  • 280 g tepung naik sendiri (diayak)
  • ½ cawan susu cair
  • ½ cawan air pandan

Cara-cara:

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
  2. Mentega dan gula kastor dipukul sehingga gebu dan ringan.
  3. Masukkan telur satu per satu dan esen pandan. Kacau rata.
  4. Masukkan tepung naik sendiri berselang-seli dengan susu cair.
  5. Masukkan air pandan dan kacau sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 40-45 minit.
  8. Sejukkan dan sedia dihidangkan.


Sumber resipi: MyResipi

6. Kek Mocha Kukus

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 250 g mentega
  • 100 g serbuk koko
  • 180 g gula perang
  • 250 ml susu cair
  • 1 sudu makan Nescafe
  • 120 g susu pekat

Bahan B:

  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan C (Diayak):

  • 220 g tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • ½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan D (Krim Coklat):

  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 3 sudu makan mentega

Cara-cara:

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
  2. Campurkan semua bahan A di dalam periuk. Kacau sehingga cair dan semuanya sebati di atas api yang sederhana. Biarkan sejuk.
  3. Pukul semua bahan B sehingga kembang. Masukkan ke dalam adunan bahan A.
  4. Masukkan semua bahan C sedikit demi sedikit dan digaul sehingga sebati.
  5. Panaskan air di dalam periuk kukusan dengan api sederhana.
  6. Tuang adunan di dalam loyang. Tutup permukaan loyang dengan plastik ataupun aluminium foil.
  7. Kukus selama 1 jam ataupun sehingga masak.
  8. Cairkan semua bahan D secara double boiler.
  9. Sejukkan kek dan hiaskan dengan krim coklat.

Sumber resipi: MyResipi

7. Kek Lobak

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 250 g mentega
  • 150 g gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 230 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh baking powder (diayak)
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis (diayak)
  • 200 g lobak merah (diparut)
  • 150 g buah prun (dicincang)
  • 100 g walnut cincang


Bahan B (Krim Keju):

  • 250 g krim keju
  • 50 g gula halus
  • 100 g whipping cream
  • 1 sudu makan jus lemon


Cara-cara (Kek):

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
  2. Pukul mentega dan gula perang sehingga gebu.
  3. Masukkan telur satu per satu dan esen vanila. Kacau rata.
  4. Masukkan tepung gandum, baking powder, dan serbuk kayu manis.
  5. Masukkan lobak merah, buah prun, dan walnut cincang.
  6. Gaul rata dan masukkan di dalam loyang.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 50-60 minit.
  8. Apabila sudah masak, sejukkan dan sapukan krim keju.


Cara-cara (Krim Keju):

  1. Pukul semua bahan B sehingga gebu.
  2. Sapukan pada kek lobak yang sudah sejuk.
  3. Hiaskan mengikut kreativiti sendiri.


Sumber resipi: MyResipi

8. Kek Keju Kiwi

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 200 g biskut digestive (dihancurkan)
  • 5 sudu makan mentega


Bahan B (Krim Keju):

  • 250 g krim keju
  • 50 g gula kastor
  • 200 ml whipping cream
  • 3 sudu makan filling kiwi


Bahan C (Bahan Hiasan):

  • 250 g filling kiwi
  • 2 biji buah kiwi (dihiris)


Cara-cara:

  1. Gaulkan biskut digestive dengan mentega dan tekankan ke dalam loyang springform. Ketepikan.
  2. Pukul krim keju dan gula kastor sehingga gebu dan ringan.
  3. Masukkan whipping cream. Pukul rata.
  4. Masukkan filling kiwi ke dalam adunan dan pukul rata.
  5. Masukkan ke dalam loyang yang berisi biskut tadi. Sejukkan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.
  6. Keluarkan dan letakkan hiasan filling kiwi dan buah kiwi.
  7. Sedia dihidangkan.


Sumber resipi: MyResipi

9. Kek Buah Kukus

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan mentega


Bahan B:

  • 2 cawan tepung superfine (diayak)
  • 1 sudu teh baking powder (diayak)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (diayak)
  • 1 cawan buah-buahan campuran


Bahan C:

  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 5 sudu makan jus oren Sunquick


Cara-cara:

  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
  2. Didihkan air kukusan dengan api sederhana.
  3. Panaskan gula perang di dalam kuali non-stick sehingga cair. Masukkan air panas dan kacau sehingga larut dan mendidih. Padamkan api.
  4. Masukkan mentega. Kacau sehingga mentega larut dan sebati. Sejukkan.
  5. Masukkan semua bahan B di dalam mangkuk besar.
  6. Kacau rata telur, esen vanila, dan jus oren Sunquick di dalam mangkuk kecil.
  7. Masukkan bancuhan telur ke dalam mangkuk berisi tepung dan buah-buahan campuran. Kacau rata dengan senduk kayu.
  8. Masukkan air gula dan kacau rata sehingga sebati.
  9. Masukkan adunan ke dalam loyang. Tutup permukaan loyang dengan plastik nipis ataupun aluminium foil.
  10. Kukus selama dua jam.
  11. Sejukkan dan potong dengan pisau tajam bagi mendapatkan potongan kek yang cantik.


Sumber resipi: MyResipi

10. Tiramisu

Image via MyResipi

Bahan-bahan:

  • 250 g krim keju
  • 100 g gula kastor
  • 1 susu besar jus lemon
  • 200 ml whipping cream
  • 24 keping biskut tiramisu lady finger
  • 1 sudu besar Nescafe (dibancuh)
  • 250 ml air panas (dibancuh)
  • 50 g serbuk koko

Cara-cara:

  1. Pukul krim keju, gula kastor, dan jus lemon sehingga gebu.
  2. Masukkan whipping cream dan pukul lagi sehingga rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pamkan ke dalam bekas hidangan.
  4. Susun beberapa keping biskut tiramisu lady finger di atas adunan krim keju.
  5. Basahkan biskut tiramisu lady finger dengan bancuhan air Nescafe.
  6. Sapukan sebahagian adunan keju di atas biskut tiramisu lady finger.
  7. Ulangi langkah 4 hingga 6 bagi lapisan kedua.
  8. Ayakkan serbuk koko atas lapisan yang kedua.
  9. Hias dan sejukkan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dihidangkan.

Sumber resipi: MyResipi

Koleksi resipi apa pula yang ingin anda dapatkan?
Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Dah cuba resipi-resipi ini?