seismik

Koleksi Telekung 'Buttonscarves X Siti Khadijah' Dengan 4 Pilihan Warna Kini Dilancarkan

Koleksi ini boleh didapati di semua butik Buttonscarves dan butik Siti Khadijah yang terpilih serta platform atas talian.

Cover image via Telekung Siti Khadijah (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, jenama pengeluar pembuatan kelengkapan pakaian ibadah, Siti Khadijah tampil berkolaborasi bersama jenama fesyen terkemuka Indonesia, Buttonscarves dalam melancarkan telekung siri Buttonscarves x Siti Khadijah

Telekung fabrik yang berkualiti ‘ultra fine’ diperincikan lagi dengan sulaman lace bermotifkan logo Buttonscarves. Reka bentuk ini dapat memberikan rasa ketenangan dan keselesaan semasa solat.

Diperbuat daripada fabrik yang diperincikan dengan perlindungan UV, ia memastikan pengguna lebih selesa dan menjadi pilihan ideal untuk menunaikan kewajiban lima waktu dan semasa menunaikan umrah dan haji.

Menurut Pengasas Siti Khadijah, Hajah Padzilah Enda Sulaiman, ini merupakan kolaborasi terbesar bersama satu jenama terkenal.

"Kolaborasi ini merupakan satu titik permulaan bagi Siti Khadijah dan saya mengharapkan akan adanya kolaborasi lain bersama Buttonscarves di masa hadapan.

"Ini merupakan kolaborasi branding, dimana telekung dihasilkan dengan elemen renda logo Buttonscarves, ia mengambil masa lebih kurang setahun untuk proses ‘re-do’ bagi menjaga kualiti yang akan dikeluarkan.

"Telekung ini dihasilkan di kilang kami di Malaysia manakala bagi pengeluaran di Indonesia dihasilkan oleh kilang di sana," katanya ketika sidang media selepas majlis pelancaran di Butik Buttonscarves, One Utama”.

Terdapat 4 pilihan warna untuk telekung siri Buttonscarves x Siti Khadijah

Dalam pada itu, Pengasas dan Pengarah Kreatif Buttonscarves, Linda Anggrea berkata, telekung siri ini mempunyai empat warna yang antaranya putih, hijau muda, merah jambu dan hitam.

"Ada 4 warna kesemuanya dan siri ini dihasilkan lebih 5000 pasang bagi pasaran Malaysia dan Indonesia”.

"Bagi siri ini, tiada tambahan pengeluaran jika habis terjual namun kita berharap dengan sokongan BS Lady dan FamilySK, akan ada lagi pengeluaran baru dengan renda dan reka bentuk yang lain," jelasnya.

Sementara itu, kolaborasi dua jenama ini dilihat mampu meningkatkan ekonomi dua buah negara berjiran terutama dalam industri fesyen muslimah.

Tambah Padzilah lagi, jenama Siti Khadijah di Indonesia masih baru dan dengan kolaborasi ini diharap ia mampu meningkatkan produknya di pasaran negara jiran tersebut.

"Dengan kolaborasi ini, saya nampak ada masa hadapan jenama ini disana dan impak positif bagi Siti Khadijah, Insya Allah" ujarnya lagi.

Telekung siri Buttonscarves x Siti Khadijah ini boleh didapati di semua Butik Buttonscarves dan Butik Siti Khadijah yang terpilih. 

Selain itu, telekung siri ini boleh didapati melalui platform atas talian www.sitikhadijah.com. Harga yang ditawarkan ialah RM468 berserta beg ‘pouch’ dan kotak eksklusif.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: