“Ingat Malaysia Baharu Ni Tak Gila Jawatan?” - KJ Dan Ahli Politik Lain Kritik Dr Maszlee
Ramai yang tidak berpuas hati dengan pelantikan tersebut.
Semalam, 4 September, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr. Maszlee Malik telah dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
Berita itu walau bagaimanapun telah menimbulkan tanda tanya orang ramai bukan sahaja di kalangan netizen bahkan ahli-ahli politik yang lain juga turut mempersoalkan mengapa seorang menteri boleh memegang jawatan di universiti di samping tanggungjawabnya sebagai Menteri Pendidikan dan Ahli Parlimen Simpang Renggam.
Mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut meluahkan pendapatnya mengenai berita pelantikan Dr. Maszlee tersebut di laman Twitter peribadinya
Tak ada orang lain nak dilantik sebagai Presiden UIA? Menteri sendiri nak juga jawatan ini? Ingat Malaysia baharu ni tak gila jawatan? https://t.co/6H1yjSyFhx
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 5, 2018
Saya cadangkan @maszlee menolak pelantikan diri sendiri sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa @IIUMOnline.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 5, 2018
Banyak lagi kerja perlu dibuat sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut meluahkan pendapat dalam laman Facebook miliknya dan mempersoalkan tindakan Dr. Maszlee yang sebelum ini bertekad tidak akan mencampuri urusan pentadbiran universiti.
Di samping itu, Ahli Palimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican merasakan Dr. Maszlee perlu mengkaji semula keputusannya untuk menerima jawatan di universiti awam, manakala ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) menggesa beliau untuk menolak pelantikan barunya, menyatakan bahawa ia adalah "konflik kepentingan yang jelas".
Berikut adalah komen-komen dan pendapat orang ramai tentang pelantikan Dr. Maszlee sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
This is an insult to people who voted this govt in & gave @maszlee the benefit of the doubt. Forget about his lies about university 'autonomy'. Isn't the education ministry's portfolio massive & important enough? Why take up another major job? Isn't a minister's salary enough? https://t.co/i2mdvwBT7o
— Dr. Alicia Izharuddin(@AIiciaIz) September 5, 2018
With such an appointment, I am surprised by IIUM's (in #Malaysia) lack of educational autonomy. @maszlee should not be president of IIUM given that he is the Cabinet Minister of Education https://t.co/YCivRLzmN0
— Stanley Chia (@ssgtstanleychia) September 5, 2018
Bukan dulu YB @maszlee pernah cakap ke orang politik jangan ada jawatan dalam universti https://t.co/L5edVgzSwV
— Fajrul Falah (@falah_se7en) September 5, 2018
Lantikan YB Dr Maszlee Malik sebagai Presiden UIAM yang baru, adakah ia satu keputusan yang positif?
— Zulfahmi Saifuddin (@md_zulfa) September 4, 2018
Yang pasti ia seperti tidak selari dengan gagasan beliau yang mahu bebaskan Universiti daripada autonomi ahli/parti politik.
Must u be this naive? Minister @maszlee at the height of ignorance after majlis bahasa melayu and now presiden IPT tempatan? Esok lusa kalau berkaitan akses pelajar, infra, dana & kemudahan dari KEMENTERIAN, bukankah satu konflik BERKEPENTINGAN? https://t.co/yRHEecL7Ek
— the Resistance (@ainulaizat) September 5, 2018
Dr Maszlee Malik dilantik jadi Presiden UIAM.
— Malek Hussin (@AbdMalekHussin) September 5, 2018
Maszlee ini kawan aku. Aku nasihatkan, dalam era pembaharuan pasca PRU14, tak wajar Menteri Pendidikan memegangnya demi menjamin kebebasan universiti. Patut dilantik tokoh akademik yang bukan Anggota Pentadbiran menggalasnya. pic.twitter.com/P6eicTHman
MP Simpang Renggam Maszlee Malik mohon kepada Menteri Pelajaran Dr Maszlee agar Ex Lecturer UIA dilantik Presiden UIA, maka Menteri Pelajaran Dr Maszlee bersetuju meluluskan permintaan MP Singgam Renggam Maszlee Malik agar Dr Maszlee dilantik sebagai Presiden UIA.
— محمد أشرف بن ازهر (@AsyraafAdzahar) September 5, 2018
Pelantikan ini menimbulkan isu kerana ianya bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH)
Sebelum ini, PH telah menjanjikan autonomi serta membebaskan universiti awam daripada campur tangan politik, khususnya membabitkan lantikan Naib Canselor serta timbalannya.
Pelantikan ini juga bertentangan dengan kenyataan Dr. Maszlee yang berjanji akan memastikan universiti tidak disalah guna untuk kepentingan politik, termasuk oleh dirinya.