seismik

Selamat Tinggal Kasut Putih. Pelajar Sekolah Akan Pakai Kasut Hitam Mulai 2019

Tak perlu kapur kasut dah.

Cover image via Facebook

Bermula Januari 2019, semua pelajar sekolah tidak perlu lagi memakai kasut putih ke sekolah

Image via keluarga.my

Setelah sekian lama, akhirnya sekolah bakal menerima satu perubahan baru.

Menteri Pendidikan, Datuk Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan. Kasut putih tidak lagi akan digunakan.

Image via fbcdn.net

Keputusan ini dibuat ekoran aduan yang diterima daripada ibu bapa yang tidak mahu anak-anak mereka memakai kasut putih kerana cepat kotor

Image via Facebook

"Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih.

"Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sinar Harian.

Selain itu, Dr Maszlee turut membincangkan pelan pendidikan negara untuk lima tahun akan datang, termasuk mengurangkan berat beg pelajar sekolah

Kementerian Pendidikan komited untuk mengurangkan beban pelajar yang dilihat menggalaskan beg sekolah yang berat.

Selain itu, beliau juga berhasrat untuk mewujudkan sistem di mana para pelajar sekolah dapat menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa.

“Saya bertemu dengan Duta Finland baru-baru ini dan beliau berkongsi mengenai sistem pendidikan di sana. Katanya murid-murid di sana menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa," ujar beliau.

Lihat video pengumuman Dr Maszlee di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi:

Ada cadangan lain nak beri kepada Kementerian Pendidikan? BACA SINI:

You may be interested in: