seismik

Komited Dalam Memberi Kualiti Terbaik, Nissan Buktikan Kecemerlangan Selama 90 Tahun

Nissan Serena dan Nissan Navara merupakan salah satu buktinya!

Cover image via Nissan

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Artikel ini ditaja oleh Nissan.

Jenama Nissan telah meraih satu lambang kecemerlangan dalam bidang automotif selama 90 tahun

Pencapaian ini menunjukkan sebuah perjalanan yang luar biasa dalam inovasi dan komitmen untuk membentuk masa depan mobiliti.

Sejak penubuhannya, Nissan mengetengahkan sifat berani menyahut cabran dengan slogan 'Do what others don't dare to do' dan menjadi perintis dalam teknologi yang membentuk landskap automotif.

Sedikit sebanyak tentang sejarah Nissan, ia bermula dengan syarikat Kwaishinsha Motor Car Works pada tahun 1911 di Tokyo. Kenderaan pertama yang dihasilkan ialah DAT.

DAT merupakan singkatan nama tiga pelabur utama syarikat itu iaitu Kenjiro Den, Rokuro Auyama dan Meitaro Takeuchi.

Image via Nissan

Pada tahun 1932, syarikat tersebut menukar nama kepada DATSON, iaitu DAT (gabungan nama initial) dan SON (yang bermaksud anak). Namun, disebabkan SON mempunyai maksud negatif dalam bahasa Jepun, mereka menukarkan ia kepada SUN yang akhirnya menjadi DATSUN.

Walau bagaimanapun, pada tahun 1934, kumpulan perniagaan besar Nissan group telah mengambil alih syarikat DAT Motors dan menukarkan nama kepada Nissan Motor Co Ltd.

Image via Nissan

Nissan bangga dan berjaya meraikan ulang tahun ke-90

Dari permulaan yang sederhana di Yokohama, Jepun, Nissan telah berkembang secara global dan terkenal dengan dedikasinya untuk mencipta sesuatu yang berkualiti dan berprestasi.

Kejayaan Nissan selama 90 tahun terbukti dengan melihatkan pelbagai kenderaan model ikonik telah meninggalkan kesan dalam industri automotif. Sebagai contoh, lihatlah model daripada Nissan Skyline yang legend hinggalah Nissan Leaf yang berevolusi, Nissan sangat konsisten menetapkan piawaian baru untuk menjadi lebih unggul!

Sempena menyambut ulang tahunnya, Nissan komited dalam memberi tumpuan kepada penciptaan kereta ke arah kelestarian. Selain itu, Nissan juga berdedikasi dalam memajukan teknologi kenderaan elektrik.

Oleh sebab itu, Nissan melancarkan pelan perniagaan The Arc yang merangkumi cadangan untuk mempercepatkan evolusi teknologi kecerdasan kenderaan seperti sistem bantuan pemandu ProPILOT.

Melalui Teknologi Nissan Intelligent Mobility, set teknologi integrasi akan direka untuk meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kawalan yang baik semasa memandu, sekali gus dapat menghubungkan kereta dengan sekeliling dunia.


 

Image via Nissan

Nissan Serena dan Nissan Navara menjadi bukti jenama ini memberi kualiti dan prestasi terbaik buat pelanggan!

Nissan Serena - Kereta MPV sesuai untuk keluarga ramai

Tidak dinafikan, MPV Nissan Serena ini merupakan kereta keluarga yang sering menjadi pilihan pelanggan.

MPV Nissan Serena merupakan kereta selesa yang mampu menampung seramai 7 orang penumpang termasuk pemandu. Kerusi barisan kedua dan ketiga boleh diubah suai dengan 13 konfigurasi mengikut kegunaan dan keselesaan penumpang tau!

Mengandungi ruang luggage yang luas, dan tempat duduk yang selesa. Bukan itu saja, mudah juga untuk kanak-kanak atau warga emas masuk dan keluar kerana Serena mempunyai flat-deck.

Terdapat 7 USB Port di setiap tempat duduk, memang sangat memudahkan penumpang untuk mengecaj telefon pintar.

Kalau ada anak-anak, kereta ini juga menawarkan monitor yang memberi hiburan kepada seisi keluarga untuk mengisi masa semasa perjalanan jauh.

Nissan Serena juga dilengkapi dengan Around view monitor yang memberi gambaran 360 darjah sekeliling kereta semasa parkir. Keupayaannya mengesan objek bergerak (Moving Object Detection) dan kemudian memberi isyarat imej dalam kamera. Memang lengkap dan sesuai untuk seisi keluarga!

Image via Nissan

Nissan Navara - Trak 4x4 untuk anda yang adventurous

Nissan Navara PRO-4X merupakan satu-satunya trak 4x4 di Malaysia yang menggunakan rear multi-link suspension ala SUV.

Apa yang best tentang trak pikap ini adalah lasak, keselesaan dan serba boleh, seperti keupayaan luar jalan dengan pelepasan tanah yang tinggi, sudut pendekatan yang memuaskan naik turun cerun yang curam. Memang layan untuk pemandu yang menyukai cabaran seperti jalan off-road!

Trak pikap yang lasak ini mampu membawa muatan lebih 1,000kg. Suspensi yang mantap tetapi tidak mengabaikan keselesaan pemandu dan penumpang serta ruang dalaman yang luas dan serba lengkap untuk perjalanan yang selesa.

Nissan Navara PRO-4X juga dilengkapi skrin sentuh dan mempunyai Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) seperti amaran prarempuhan, brek prarempuhan serta amaran keluar laluan.

Selain itu, kereta tersebut juga dilengkapi dengan kawalan dinamik kenderaan, kawalan menuruni bukit, active brake limited slip, bantuan daki bukit dan trailer sway assist. Memang Tiada Yang Mustahil Baginya untuk anda tempuhi cabaran. 

Image via Nissan

Dengan menerapkan keselamatan menggunakan teknologi terkini, Serena dan Navara menawarkan pengalaman memandu yang tiada tandingan!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nissan Serena dan Navara, jom membuat tempahan uji pandu dengan layari laman web Nissan di www.nissan.com.my atau singgah di bilik pameran Nissan terdekat anda.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik