5 Fakta Menarik ‘Si Pelari Pecut’ Federal Highway Yang Anda Pasti Nak Tahu
Bintang baru Federal Highway.
Cover image via ERA fm/FacebookSemalam viral di media sosial apabila seekor burung unta kelihatan sedang berlari-lari seperti sedang menyertai maraton di Lebuhraya Persekutuan
Video itu telah dirakam dan dimuatnaik di laman Facebook dan Instagram oleh [Jeff Sandhu](https://www.facebook.com/jeffsandhu) dan terus menjadi viral di laman sosial tersebut. Yelah, mana pernah nampak burung unta berlari-lari atas *highway* kan?
Burung unta tersebut dikatakan dalam perjalanan ke sebuah ladang di Semenyih sebelum ia melarikan diri melalui tingkap yang terbuka pada kenderaan yang membawanya kira-kira jam 3 petang semalam.
Nampaknya bukan saja Jeff Sandhu yang berpeluang merakam burung unta tersebut malah pengguna jalan raya lain juga ada berkongsi video burung unta itu di laman Facebook
Bagaimanapun, ia dikatakan telah terjatuh di dalam sebuah longkang tetapi berjaya diselamatkan oleh orang awam. Salute!
Dan sejak semalam, si burung unta ini mula menjadi popular di Facebook dan orang ramai mula berkata mengenainya
Image via Huawei Mobile MY/Facebook
Jadi ini adalah 5 fakta menarik mengenai burung unta tersebut yang pasti anda nak tahu:
1. Namanya adalah 'Chickaboo'
Sejak semalam ramai yang tertanya-tanya dan agak *confused* dengan nama sebenar bintang baru ni. Pada mulanya, media melaporkan namanya adalah **Peekaboo** tetapi *update* terbaru mengatakan nama sebenarnya adalah **Chickaboo**.
Menurut tuannya, **Darren Chow** nama tersebut diambil daripada perkataan "chick" dan "peekaboo". Beliau berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan personalitinya semasa ia menetas, lapor [Channel News Asia](http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/runaway-ostrich/2878400.html).
Image via flickr.com
2. Kelajuan lariannya ialah 35km/j
Menurut laporan [The Star Online](http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/06/16/ostrich-sprints-down-highway/), Jeff Sandhu menganggarkan Chickaboo telah memecut pada kelajuan kira-kira 35km/j sebelum ia letih dan bergerak perlahan.
Info: Burung unta boleh berlari selaju 72.42km/j untuk jangka masa yang panjang.
Image via Jeff Sandhu/Facebook
3. Chickaboo baru saja berusia 6 bulan
Image via ERA fm/Facebook
Menurut Darren, Chickaboo tidak pernah lompat keluar, sehingggalah semalam Chikaboo nekad melompat keluar daripada kereta dan mula berlari dari Universiti Malaya sehingga ke Midvalley.
4. Sangat mesra dan mempunyai Husky sebagai kawan
[Dilaporkan](http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/06/16/runway-ostrich-is-buddies-with-husky-turkeys/) Chickaboo juga sering tidur bersama husky tersebut dan berteman dengan beberapa ekor haiwan lain seperti anjing dan ayam belanda.
5. Chickaboo sudah memang agak dikenali sebelum ini
Image via The Malay Mail/Facebook
**"Chickaboo terkenal dalam kalangan pelajar sekolah. Saya kerap membawa haiwan peliharaan saya untuk melawat sekolah" kata Darren.**
"Ia juga bersama-sama saya apabila saya melawat gelandangan di Jalan Haji Taib. Ia merupakan burung unta yang popular dalam kalangan kanak-kanak di sana," sambungnya lagi seperti dilaporkan [The Malay Mail](https://www.facebook.com/themalaymailnewspaper/photos/a.10150135753558088.306640.363825163087/10154248064973088/?type=3&theater) hari ini.
Dalam pada itu:
Image via Hot FM/Facebook

