Kontinjen Angkat Berat Hadiah 2 Emas Pertama Sukan Komanwel 2026 Untuk Negara
Power team angkat berat!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasukan angkat berat negara pamer reputasi cemerlang selepas hadiahkan dua emas dan satu gangsa
Menerusi laporan Bernama, pingat emas pertama hadir menerusi Mohamad Aniq Kasdan, acara angkat berat kategori 60 kilogram lelaki yang mencatat jumlah angkatan 273kg. Dia turut mencipta dua rekod temasya menerusi angkatan 152kg dalam clean and jerk serta jumlah keseluruhan 273kg.
Beberapa jam kemudian, giliran Muhamad Aznil Bidin pula menggembirakan kem negara apabila meraih emas Sukan Komanwel buat kali ketiga berturut-turut selepas mengungguli kategori 65kg lelaki dengan jumlah angkatan 299kg.
Atlet berusia 32 tahun itu berjaya memperbaharui tiga rekod temasya menerusi angkatan snatch 133kg, clean and jerk 166kg serta jumlah keseluruhan 299kg.
Pingah gangsa pula berjaya diperoleh Irene Jane Henry dalam kategori 48kg wanita pada penampilan sulungnya di Sukan Komanwel selepas mencatat jumlah angkatan 167kg.

Irene Jane Henry.
Image via Olympic Council of MalaysiaImage viaTumpuan kini terarah kepada Muhammad Erry Hidayat dalam final kategori 79kg lelaki
Pemenang pingat perak edisi Birmingham 2022 itu dijangka menjadi sandaran utama Malaysia untuk meneruskan momentum cemerlang skuad angkat berat selain memburu emas pertamanya di pentas Sukan Komanwel.
Turut berpeluang menambah koleksi pingat negara adalah gimnas Mohammad Sharul Aimy Kamaru Hisam dalam final senaman lantai lelaki, diikuti Rachel Yeoh Li Wen dalam final palang bertingkat wanita.
Malaysia kini menduduki tempat ketujuh carta pingat dengan dua emas dan dua gangsa.
Juara bertahan Australia mengungguli carta dengan 17-9-13, diikuti England di tempat kedua dengan 4-9-6 manakala tuan rumah Scotland di kedudukan ketiga 4-2-0.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via