KOPETRO Catering Tawar Lebih 100 Menu Bufet Ramadan 'Citarasa Nostalgia' Bawah Harga RM100
Dapatkan tawaran pada harga yang lebih rendah dengan tempahan awal sebelum 28 Februari ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
KOPETRO Catering dengan bangganya mempersembahkan bufet Ramadan Citarasa Nostalgia, satu perjalanan kulinari yang mengasyikkan dengan pelbagai hidangan tradisional Malaysia
Untuk pengetahuan anda, bufet ini direka khas untuk mengimbau semula rasa autentik dari zaman silam sambil menawarkan pengalaman menjamu selera yang eksklusif dalam suasana yang elegan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, tema 'Citarasa Nostalgia' diangkat bagi menggambarkan sebuah pengalaman yang mengimbau kembali nostalgia dan kenangan indah bulan Ramadan.
“Kami menyediakan pelbagai hidangan tradisional yang telah menjadi kegemaran ramai, dengan sentuhan moden untuk meningkatkan lagi kelazatannya. Suasana yang dibentuk juga membawa tetamu merasai kemeriahan dan keberkatan bulan Ramadan bersama orang tersayang,” katanya.
Katanya lagi, ini merupakan kali pertama pihaknya menganjurkan juadah Ramadan, dia berharap agar harga yang ditawarkan di bawah RM100 ini dapat memberikan pengalaman bermakna buat keluarga untuk menikmati hari berbuka bersama.
“Ini adalah kali pertama kami menganjurkan buffet Ramadan di venue ini dan kami berharap dapat memberikan pengalaman yang istimewa kepada para pelanggan. Kami berharap dapat mencipta kenangan manis untuk keluarga dan rakan-rakan yang datang berbuka puasa bersama,” kongsinya.
Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah (kiri) dan Ketua Bahagian Operasi F&B KOPETRO, Muhammad Hafiz Ilham Hussin (kanan) ketika ditemui media pada Majlis Preview Bufet Ramadan Citarasa Nostalgia KOPETRO baru-baru ini.
Image via @kopetrocatering (Instagram)Bertempat di Awan Space Heritage Hall sebagai lokasi, kemudahan yang disediakan turut selesa dan strategik
“Kami memilih venue ini kerana suasana yang tenang dan selesa, sesuai untuk menjamu para tetamu dalam suasana yang penuh keceriaan. Selain itu, lokasi yang strategik dan kemudahan yang disediakan juga sangat memudahkan pelanggan untuk menikmati hidangan dengan selesa,” jelasnya lagi.
Dengan persekitaran yang diilhamkan dengan menampilkan kekayaan rasa nostalgik masakan tradisional Malaysia serta pengalaman menjamu selera yang mesra, tawaran harga serendah RM50 bagi kanak-kanak dan RM75 bagi dewasa pastinya cukup berbaloi dengan lebih 100 menu setiap hari.
Menu Istimewa :
Ayam Golek Berperisa Oriental dihidangkan dengan Sos Istimewa, Kambing Goreng Berempah bersama Kentang Panggang.
Sup Harian: Sup Ayam Kampung, Sup Tulang Rawan, dan lain-lain.
Pasta Istimewa: Spaghetti Tomato Basil.
Sudut Pencuci Mulut: Pengat Keledek Manis, Bubur Pulut Hitam, aneka biskut, kek, pastri & kuih-muih tradisional.
Sudut Nostalgia: Gula-gula zaman kanak-kanak, Aiskrim Malaysia, Air Botol Longchan, aneka biskut tin.
Minuman: Pelbagai Air Balang & minuman panas. Bufet ini akan bermula dari 3 hingga 28 Mac ini. Dapatkan tawaran pada harga yang lebih rendah dengan tempahan awal sebelum 28 Februari.
Untuk pertanyaan dan tempahan, anda boleh hubungi talian 019-257 7851 (Syikin), 017-527 7533 (Ridzuan), 011-1126 1866 (Fahmi), 010-400 4887 (Mamu) atau klik link di https://bit.ly/buffetcitarasanostalgia!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!