"Kopi Atau Teh?" - Temui Minuman Paling Ikonik Dari Sabah Di MATTA Fair 2024
MATTA Fair akan berlangsung pada 6 hingga 8 September 2024, di MITEC Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 9 malam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Di sebalik keunikan alam semula jadi, hidupan liar, aktiviti pengembaraan dan tarikan pulau di Sabah, terdapat destinasi agropelancongan yang menghasilkan gabungan minuman paling aromatik di Sabah
Lazimnya, budaya kopi di negeri Sabah merupakan hirupan secangkir Kopi Tenom panas di waktu pagi sebagai pemula hari. Di sini, terletaknya daerah Tenom yang sangat terkenal dengan penghasilan biji kopi Robusta.
Untuk rekod, Yit Foh ialah jenama kopi yang terkenal dari Sabah yang ditanam, dituai, dipanggang, dikisar dan dibungkus secara tempatan.
Sebagai perintis industri kopi di Negeri di Bawah Bayu, Taman Kopi Yit Foh di Kampung Chinta Mata, Tenom, Sabah kini bukan sekadar kilang kopi.
Ia telah berkembang menjadi sebuah destinasi pelancongan yang popular untuk bersiar-siar selain mempunyai kemudahan tempat penginapan yang menawan. Tempat ini merupakan tempat yang terbaik untuk mencuba Kopi Tenom segar.
Tahukah anda Kilang Yit Foh menggunakan kayu api untuk memanggang biji kopi? Penggunaan arang meningkatkan aroma biji kopi, yang mana kita, sebagai penggemar kopi, tidak akan pernah rasa jenuh.
Dari Selatan, kita mengembara ke kawasan utara pantai barat - Ranau untuk minuman ikonik Sabah yang seterusnya, iaitu Teh Sabah
Ladang Teh Sabah adalah salah satu daripada beberapa ladang teh organik di dunia. Daun Teh Sabah yang terbaik, dituai dari kaki Gunung Kinabalu yang terletak kira-kira 2,272 kaki dari paras laut. Suhu yang dingin di kawasan tanah tinggi seperti musim bunga, membolehkan hasil kualiti tuaian Teh Sabah yang banyak dan segar.
Meskipun tanpa sebarang pewarna tambahan dan bebas semburan kimia, Teh Sabah sememangnya kaya dengan rasa. Pucuk daun pokok teh Camelia Sinesis dipilih dengan teliti, dituai dan diproses untuk menghasilkan teh hitamnya. Apabila dibancuh dengan susu pekat, gabungan ini akan menghasilkan minuman Teh Tarik Sabah yang sangat sedap!
Teh Sabah juga menawarkan pelbagai pilihan teh yang inovatif. Minuman teh pandan Sabah dan kuih lempeng buatan sendiri adalah antara menu yang paling laris di restoran mereka.
Seperti Yit Foh, Ladang Teh Sabah juga memiliki sebuah resort yang dinamakan Sabah Tea Resort. Sabah Tea Resort memberikan kemudahan kepada pengunjung untuk menikmati percutian yang santai disamping pengunjung boleh menikmati pemandangan Gunung Kinabalu yang menakjubkan.
Tetamu yang bermalam mempunyai pilihan untuk menginap di rumah panjang, kabin, banglo atau bagi mereka yang gemar membuat stargazing dan tidur di bawah bintang, kawasan ini mempunyai tapak perkhemahan yang luas. Selain pengalaman menyeronokkan, lawatan ke ladang teh juga memberikan manfaat pendidikan dengan mengajar pengunjung cara pemprosesan daun teh.
Pengunjung boleh mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti rekreasi di kawasan rekreasi Sapaon, mendaki denai ke puncak Bukit Kamunsu, atau ‘night walk’ untuk memerhati serangga yang unik. Rumah pokok yang terletak bersebelahan dengan restoran dan ladang rusa juga dibuka untuk pengunjung.
Ladang Teh Sabah juga merupakan titik bersejarah yang penting dalam sejarah Perarakan Maut Perang Dunia Kedua. Pakar telah mengesan laluan Sandakan Death March dan mendapati bahawa laluan yang dilalui oleh tawanan perang (POW) melintasi kawasan yang kini dikenali sebagai Ladang Teh Sabah. Apabila menyedari kepentingan sejarah tapak tersebut, pengurusan Ladang Teh Sabah telah membina sebuah tugu peringatan.
MATTA Fair yang bakal berlangsung pada bulan September akan menghimpunkan kedua-dua tarikan dan mempamerkan minuman ikonik mereka dari Sabah
Taman Kopi Yit Foh, Tenom dan Ladang Teh Sabah akan ditampilkan sebagai pempamer di Zon Sabah sebagai tempat tarikan pelancong yang terkenal, seterusnya mempertingkatkan kehadiran negeri Sabah di MATTA Fair edisi ini sebagai destinasi pilihan bersama negeri Sarawak untuk 'Discover Borneo: Malaysia’s Favourite Destination'.
Orang ramai dijemput datang dan berkunjung ke Zon Sabah. Pelbagai aktiviti dan persembahan akan ditampilkan untuk pengunjung. Pihak Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan menganjurkan permainan 'Kumpul 3 untuk Menang' Treasure Quest dengan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi.
Pengunjung juga boleh mencuba minuman ikonik Sabah dan melihat kraftangan tempatan di gerai Kadaiku. Tambahan pula, STB menawarkan baucar rebat pelancongan bernilai sehingga RM150.00, dengan setiap pembelian transaksi yang dibuat daripada mana-mana ejen dan hotel berdaftar dari Sabah.
Sri Pelancongan Sabah, anak syarikat STB juga akan hadir sebagai pempamer untuk mempromosikan pelbagai acara pelancongan yang akan diadakan di Sabah.
Sertailah Lembaga Pelancongan Sabah dan 33 agensi pelancongan yang mengambil bahagian dari Sabah, dalam Pameran Matta yang akan datang. Pakej pelancongan pelbagai aktiviti dari gunung tinggi ke lautan dalam dan pelbagai tawaran eksklusif khas untuk pengunjung MATTA.
Untuk makluman semua, pameran MATTA akan berlangsung pada 6 hingga 8 September 2024, di MITEC Kuala Lumpur dari jam 10 pagi hingga 9 malam.
Untuk maklumat lanjut mengenai info terkini tentang pelancongan di Sabah, anda boleh klik di SINI atau layari www.sabahtourism.com!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!