seismik

Kos Haji Kekal RM33,300 Seorang, Bayaran Bagi Jemaah B40, M40 Naik Hingga 20 Peratus

Kos haji bagi jemaah B40 adalah sebanyak RM15,000, manakala bagi jemaah M40 pula RM23,500 buat kali pertama.

Cover image via The Malaysian Reserve & REUTERS

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kos mengerjakan haji bagi tahun 2025 kekal pada kadar RM33,300, namun bayaran haji untuk jemaah Muassasah kumpulan B40 dan M40 meningkat 20 peratus

Menurut laporan Berita Harian, kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan kos penginapan, penerbangan, dan caj perkhidmatan di Tanah Suci.

Untuk jemaah kumpulan B40 yang menunaikan ibadah haji buat kali pertama, bayaran ditetapkan pada RM15,000, meningkat berbanding RM12,356 pada tahun 2024.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman, berkata bantuan kewangan haji akan disasarkan kepada golongan yang memerlukan, dengan jumlah keseluruhan bantuan dijangka berkurang kepada RM261 juta.

Syed Hamadah menunjukkan Kos Haji, Bayaran Haji dan Bantuan Kewangan Haji 1446H/2025M selepas sidang media khas di Menara Tabung Haji Kuala Lumpur.

Image via Bernama via Berita Harian

Menurut beliau, penurunan bantuan kewangan haji ini dilakukan untuk memastikan kelestarian kewangan TH, sejajar dengan keperluan memenuhi kehendak pendeposit.

"TH sentiasa berusaha mengimbangi keperluan membantu bakal haji yang memerlukan dengan kehendak pendeposit yang mengharapkan agihan keuntungan berpatutan," katanya dalam satu sidang media.

TH teruskan bantuan kewangan haji 55 peratus untuk B40, 29 peratus M40

TH meneruskan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS) kepada jemaah muassasah dalam kategori B40 dan M40 yang kali pertama menunaikan ibadat itu bagi musim haji 1446H/2025M.

Menurut Syed Hamadah, bagi kumpulan B40, Bantuan Kewangan Haji diperuntukkan adalah RM18,300 atau 55 peratus manakala bagi jemaah haji dalam kalangan M40, sebanyak 29 peratus atau RM9,800.

Image via Berita Harian

Surat tawaran kepada 31,600 jemaah bagi musim haji 1446H/2025M akan dikeluarkan secara berperingkat bermula 16 Disember 2024.

Image via REUTERS

"Bantuan Kewangan Haji pada musim haji kali ini dianggarkan berjumlah RM261 juta dan ini menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada lebih RM2.8 bilion dalam masa 25 tahun.

"Justeru, TH mengambil langkah menurunkan kadar Bantuan Kewangan Haji secara berperingkat sejak 2022 ke arah memenuhi konsep kemampuan dalam menunaikan ibadat haji atau istitoáh di mana ibadat haji diwajibkan bagi yang berkemampuan," katanya.

Katanya, jumlah itu termasuk bantuan kerajaan sebanyak RM1,000 seorang bagi jemaah Muassasah kali pertama dalam kalangan kumpulan B40.

Dalam pada itu, surat tawaran kepada 31,600 jemaah bagi musim haji 1446H/2025M akan dikeluarkan secara berperingkat bermula semalam, 16 Disember 2024.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: