seismik

KPM Komited Akan Selesaikan Isu 'Sekolah Tumpang' Di Sabah Demi Keselesaan Murid

Keutamaan perlu diberikan demi memastikan murid atau pelajar dapat belajar dalam suasana kondusif.

Cover image via Kementerian Pendidikan Malaysia

Artikel ini ditaja oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Apakah yang dimaksudkan sebenar dengan 'sekolah tumpang' ini?

Ianya merupakan situasi di mana sekolah menengah menumpang di sekolah rendah dan sekolah rendah menumpang di bangunan sekolah menengah atau sekolah rendah menumpang di sekolah rendah yang lain.

Sekolah tumpang mungkin jarang berlaku di Semenanjung tetapi di sesetengah kawasan di Sabah, isu sekolah tumpang ini masih wujud. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) optimis melihat pendekatan terbaik bagi menyelesaikan isu berkaitan sekolah tumpang di Sabah.

Lawatan Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin ke Sabah mendapati bahawa terdapat 23 buah sekolah yang menumpang di sekolah lain. Isu ini mendapat perhatian Dr Radzi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Murid atau pelajar memerlukan ruang dan suasana belajar yang lebih kondusif

Pihak kementerian amat menitikberatkan keselesaan murid untuk belajar di mana setiap pelajar memerlukan ruang dan persekitaran yang lebih selesa dan sesuai untuk mereka lebih fokus ketika belajar.

Kebanyakan isu sekolah tumpang ini membabitkan sekolah menengah menumpang di bangunan sekolah rendah manakala hanya terdapat dua buah sekolah rendah yang mempunyai isu menumpang di sekolah menengah. Antara kategori lain yang ada ialah sekolah rendah menumpang di sekolah rendah lain.

Menurut beliau, bagi kategori sekolah rendah menumpang di sekolah rendah, perkara tersebut boleh diselesaikan dengan baik. Jadi, tiada permasalahan yang terlalu kompleks akan timbul kecuali jika kedua-dua sekolah terbabit mencapai kapisiti terlalu tinggi.

KPM akan beri tumpuan khusus terlebih dahulu kepada sekolah yang memerlukan keutamaan mendesak

Jelas beliau lagi, seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkon, Kota Marudu, pihaknya akan cuba proses pembinaan dipercepatkan supaya semua pelajar yang kini menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Langkon dapat berpindah ke sekolah baharu.

"Perkara ini mengambil sedikit masa untuk menyiapkan sekolah terbabit manakala sekolah lain yang menghadapi masalah sama, kita akan lihat serta usahakan supaya peruntukan diselaraskan, berdasarkan prioriti memandangkan tahun 2020 sudah memasuki September," katanya.

SMK Langkon antara sekolah yang sering 'disentuh' apabila isu sekolah tumpang diperkatakan

Menurut Dr Radzi, bangunan SMK Langkon sepatutnya sudah siap lama tetapi projek itu tertangguh disebabkan beberapa perkara.

"Saya bersama Ketua Setiausaha KPM serta pegawai kementerian sempat melawat sekolah ini baru-baru ini dan kita mendapati fasiliti memang berada dalam keadaan terlalu daif.

"Pelajar terpaksa ditempatkan di bawah kolong bangunan kelas SK Langkon.

"Kita berharap projek ini akan dilaksanakan secepat mungkin kerana kita sudah membuka tender dan akan diselaraskan dalam masa terdekat," ujarnya.

Semoga usaha KPM di Sabah ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik mengenai cabaran & usaha KPM dalam tangani krisis Covid-19: