KPTM Meterai Kerjasama Strategik Bersama MICPA, Tingkatkan Nilai Graduan Perakaunan

Kerjasama dengan MICPA memberi laluan yang lebih jelas kepada graduan untuk membina kerjaya perakaunan.

Enlarge text
Cover Image

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Program Diploma in Accounting (AA101) di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) menerima dorongan berharga susulan pengiktirafan rasmi daripada Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA)

Langkah ini memberi nilai tambah signifikan kepada para pelajar dalam membina laluan kerjaya serta melanjutkan pengajian ke peringkat profesional perakaunan.

Pencapaian berkenaan diraikan menerusi Majlis Kerjasama Strategik dan Pengiktirafan MICPA bagi Program Diploma in Accounting (AA101) Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) yang berlangsung di Dewan Besar KPTM Bangi baru-baru ini.

Acara tersebut turut menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik antara KPTMSB dan MICPA bagi merapatkan hubungan antara institusi pendidikan tinggi dengan badan profesional industri.

Langkah ini mencerminkan komitmen KPTMSB dalam memastikan penawaran program akademiknya sentiasa dinamik, relevan dan sejajar dengan keperluan pasaran kerja semasa.

SAYS.com
Image via Kolej Poly-Tech MARA (Facebook)

Kerjasama dengan MICPA memberi laluan yang lebih jelas kepada graduan untuk membina kerjaya perakaunan

Pengiktirafan oleh MICPA memberikan kelebihan terutamanya dari segi meningkatkan keyakinan pelajar lepasan diploma untuk terus melangkah ke alam pekerjaan atau menyambung pengajian ke peringkat ijazah profesional perakaunan. Selain itu, kolaborasi ini membuka ruang kerjasama lebih luas merangkumi aspek pembangunan akademik, perkongsian kepakaran dan pengukuhan profesionalisme tenaga pengajar.

Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, Radzuan Razali berkata, hubungan rapat bersama badan profesional merupakan elemen krusial bagi memastikan pendidikan yang ditawarkan memenuhi standard industri. Beliau menegaskan bahawa pendidikan di KPTMSB bukan sekadar untuk memperoleh kelayakan akademik, tetapi bertujuan memperlengkapkan pelajar dengan pendedahan serta kemahiran sebenar.

Kerjasama dengan MICPA memberi laluan yang lebih jelas kepada graduan untuk membina kerjaya perakaunan yang mampan dan bersedia menghadapi cabaran industri yang sentiasa berubah.

SAYS.com
Image via Kolej Poly-Tech MARA (Facebook)Image via

Majlis yang dihadiri kira-kira 100 tetamu itu turut diseri dengan kehadiran Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation Sdn. Bhd., Yahaya Sani, Ketua Pegawai Eksekutif MICPA, serta barisan pengurusan tertinggi KPTMSB.

Pengiktirafan MICPA ini menjadi pencapaian penting dalam memperkukuh kedudukan KPTMSB sebagai institusi pendidikan yang menekankan kualiti dan pendedahan profesional. Inisiatif ini dijangka dapat meningkatkan keyakinan pelajar serta ibu bapa terhadap kualiti Program Diploma in Accounting (AA101) sekaligus menarik minat lepasan sekolah untuk memilih bidang perakaunan sebagai laluan masa depan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: